September 5, 2009

orang tua-tua kata jangan menjawab, tapi aku terpaksa menjawab jugak nih. menjawab tag.


tag dari missn

tag dia wajib citer pasal Zaman Kanak-Kanak


Nama penuh:
ni zaman kanak-kanak punya soalan ke? hehe.. nama penuh saya Safura Azlin binti Mazlan. terima kasih.

Tarikh Lahir:
16 Januari. 5 JamadilAwal.

Tempat Lahir:
Bandar Maharani Muar. Hospital.

Tempat dibesarkan:
JB 1tahun. Kluang 13tahun. Muar 9tahun setakat ini.

1. Siapakah nama kawan rapat anda sewaktu kecil?
ramai.
masa belum mumayyiz, kawan rapat aku adalah adik beradik aku dan anak-anak lelaki jiran sebelah rumah. yang aku masih ingat nama diorang, bambang alimal dan along. oh, ada lagi. kak ziara yang satu tahun lebih tua dari aku. dia tumpang duduk rumah aku time mak bapak dia gi kerja.
time sekolah rendah, azura binti harun dan ida haryana binti zainal abidin.
time sekolah menengah dah x kanak-kanak lagi. so xpayah tulis di sini. hehe~

2. Apakah permainan masa kecil yang anda ingat?
main basikal. saidina. dam ular. main 'nama negeri'. main askar-askar. main masak-masak ada la sekali je aku main lepas tu dah bosan. xde ciri-ciri keperempuanan langsung time kecik-kecik. haha~

3. Kalau anda gaduh dengan kawan anda, apakah yang akan anda cakap kpd mereka?
xcakap. aku hentak je dengan penumbuk aku. contohnya, kak ziara pernah kena hentak kat tulang kering betis dia. xtau la dia ingat lagi ke x.. haha~

4. Di kawasan manakah tempat feveret anda bermain?
oh, kat tengah lorong depan rumah aku. xmain jauh-jauh. tapi kalu main indoor game macam saidina, dam ular dan nama negeri, main dalam rumah je. hehe..

5. Apakah cita-cita anda semasa kecil?
oh, angkasawan.

6. Apakah rancangan katun yg anda gemari dan masih ingat sampai skrg?
Ultraman. Mask Rider. Power Rangers.

7. Makanan ringan apakah yg anda akan borong di kedai?
RingRing. ada jugak jajan yang lain-lain. tapi kalu dah borong, xbley kata makanan ringan lagi la kan? dah jadi makanan berat, borong kan banyak~

8. Nyatakan seorang rakan zaman kanak-kanak anda yg anda teringin jumpa skrg?
Azura binti Harun. rindu sangat kat dia. aku serius nih. huhu..

9. Apakah gelaran anda semasa kecik?
Kak Long (adik beradik aku wajib panggil nama tu), Olin (ahli keluarga yang lain panggil), Panjang.

10. Siapa yg mahu ditag?
ni yang paling best. aku teringin sangat nak tahu pasal dunia kecik-kecik korang. share la ye?


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

apsal laa mata ni xmahu tido-tido dari tadi. dah lebih 2suku pagi, mata aku sesuku pun xmahu lelap.

xpelaa.. mata ni nak bermanja-manja dengan blog ni mungkin. jari pun tergedik-gedik mahu menaip tapi otak pulak xmahu bagi kerjasama yang padu. memang nak kena brain-wash dengan lagu wonderpet ni. ngada-ngada sungguh~

lalala... malu saya~

4 comments:

messyremo said...

cet..

aku pun kena~~hehe..

nnt lps exam aku buat~~

2minggu lg aku buat=P

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

hahahaha~

kalau omar mau buat~

aku tak mau buat~

hahaha~

aku mana boleh jawab tag?

aku tak jumpa perkataan tag dalam kamus BM~

Unknown said...

messyremo,
haha.. selamat ber'exam~

Unknown said...

zara,
apa omar dengan ko masa kecik2 sama history ke? aku xkira ko kena buat jugak. tahu maksud tag atau x it doesnt matter. ngada2~

hahaha~

P/S: ini paksaan nyata. hahah~