June 5, 2009

ending *ketupat cinta*

Tun Senaja yg bunuh baginda sultan.

banyak babak flashback. zaman Parameswara terutamanya. kisah Parameswara sebelum masuk Islam, bagaimana baginda akhirnya tertarik pada Islam, siapa sebenarnya Musa Al-Kasim (semacam wali) yg merupakan bapa saudara Tun Lepat. Musa Al-Kasim jugak adalah gerau diraja tp dituduh mengajar agama sesat sedangkan ia difitnah sebab RaJim (menantu Parameswara) dengki padanya.

Masa Parameswara baru2 masuk Islam, agamanya masih belum kuat. Baginda tertarik kepada Tun Halimah (nama selepas masuk Islam, nama asal xingat daa..hehe). lalu diculik Tun Halimah dan dibawa balik ke istana tanpa nikah. menangis berhari2 Tun Halimah sampai Parameswara pun naik pening. dititahkan baginda kpd Tun Halimah supaya ke dapur sebab baginda dapat tahu yg Tun Halimah memang suka memasak. mungkin dengan kelonggaran masuk ke dapur, tangisan Tun Halimah akan berkurangan. Musa Al-Kasim yg meng-Islamkan Tun Halimah. Tun Halimah bernikah dengan Parameswara untuk beberapa waktu, bila baginda sudah bosan, Tun Halimah dipulangkan ke kampungnya semula.

Madrasah Makan jugak ditubuhkan bila Parameswara dah mula sedar untuk mendalami agama. madrasah ni ditubuhkan untuk mencari orang yg berbakat, bley memasak, dan tahu serba-serbi tentang agama dalam masakannya. senang kata chef yg alim laa.. macam2 insiden yg berlaku masa Parameswara nak umumkan sape pengetua madrasah. isteri2 baginda dah perasan mereka masing2 dipilih oleh baginda sebab mereka gila kuasa.

dikisahkan jugak tentang isteri2 Parameswara yg berebut takhta permaisuri. Parameswara menetapkan setiap isterinya mesti menyiapkan makanan yg berasaskan pisang untuk menentukan yg mana satu isteri yg layak jadi permaisuri diraja. terjadilah adegan bunuh membunuh, bedil membedil, hinggalah Musa Al-Kasim jugak dibunuh dek kerana fitnah. Sebelum pembunuhannya, Tun Lepat disuruh pergi ke Madinah, bukan melarikan diri, tapi menemui sanak saudara mereka, Syeikh Salleh. Tun Lepat cuma perlu menunjukkan kuih tepung gomak sebagai bukti pada Syeikh Salleh bahawa mereka bersaudara.

selepas semua isteri2 Parameswara terbunuh kerana hasad dengki dan iri hati sesama mereka, baginda sangat bersedih hati, nyaris kerajaan pun xdipedulikan. pengetua madrasah pun bernikah dengan Parameswara kerana kasihan dan mungkin sedikit cinta.

ending novel nih cuma dengan satu babak, surat dari pengetua madrasah kpd Tun Lepat supaya pulang ke Melaka dan membantu kerajaan Melaka menentang ancaman Siam. baca la novel ni kalu nak tahu sape pengetua madrasah tu k..heheh..

author novel nih FAISAL TEHRANI.

2 comments:

~Cinta Cukulet~ said...

dah cerita nih, tak yah baca dah la hehee :p

Unknown said...

cc,
up 2 u..hehe~