June 21, 2009

hati berkobar-kobar nak jawab peksa. sekali......


masa final exam. last paper. semangat berkobar2 beb. nak masuk exam hall.

DUP DAP. DUP DAP. DUP DAP. bunyi jantung aku. xtau la kalu orang sebelah dengar ke x. yang pasti aku dah hafal nota giler babeng punya lah. xtido malam wa cakap lu.

bila invigilator kata bley masuk hall je, kitorang student ni pun meluru masuk amek tempat yang ngam. tempat yang suam2 kuku. biasa laa, DSB (Dewan Seri Budiman) kitorang yg tercinta tu memang air batu. sejuk nak mati. so, dengan pantas aku pilih tempat. aku tengok budak2 nih dah macam budak2 main kerusi muzik. korang tahu game kerusi muzik yg berebut kerusi tu kan? haa.. lbey kurang camtu lah.

untuk pengetahuan semua, setiap kelas d'separate'kan ikut baris2 yang memanjang ke belakang. setempat-setempat-sekelompok-sekelompok gitu. aku duduk cantik je. dekat dengan geng aku. duduk dekat2 dengan geng bukan laa sebab nak meniru ke hape. niat hati aku menjurus ke arah perkongsian semangat nak jawab peksa. bila dekat di mata, kan dekat di hati gitu.. haha.. mengarut. sudah2. sambung balik.

kat atas meja ada question & answer booklet. x dilupakan jugak, slip kehadiran exam yang mesti kitorang isi sebagai bukti kitorang datang ke exam hall. slip tuh warna hijau pucuk pisang. korang tahu kan warna hijau pucuk pisang? sape yg xtau, aku suggestkan korang gi merantau 6purnama dulu baru balik malaysia.

dalam slip tuh kena isi nama penuh, student ID, IC, faculty, dan bla bla bla.. dan kena isi nama lecturer yang mengajar. ahh.. time nih aku dah cemas. apsal aku rasa semangat aku dah lain macam? aku tengok sekeliling. geng aku. geng aku xpandang aku pun. aku soal laa dworang.

"weh korang, apa nama lecturer?"

"laa ko nih, nama lecturer pun xhingat.."

"cakapla weh, jangan buat aku tertunggu2 camni~"

"puan si polan binti si polan"

tiba2 ingatan aku terhadap lecturer aku datang. kencang aku bangun dari tempat aku duduk tadi, diri tegak. dan aku rasa satu exam hall nampak aku berdiri. tinggal xnyanyi lagu Negaraku je. aku serba salah nak amek slip hijau tadi ke x. geng dah pandang semacam.

"ko apsal olin?"

"aku rasa aku punya lecturer nama dia lainlah"

gegas aku capai slip hijau yang aku dah isi separuh jalan tadi, terus pegi tempat yang sepatutnya untuk aku - kelas lain. aku tinggalkan tempat duduk, kerusi meja aku yang ngam tadi bersama geng2 aku yang terus pecah gelak tahap guling2 kat tempat dworang. diam2 aku duduk kat tempat baru sambil buat2 muka sengal dan buat2 bertanya kat kawan2 sekeliling sape nama lecturer. xpasal2 aku ada 2helai slip kehadiran pulak. tempat yang aku tinggalkan tadi kecacatan sebab aku dah bawak lari slip hijau.





nasib baik aku dapat result kira not bad jugak laa.. kalu x, ada potensi aku akan ceroboh exam hall dan cincang kerusi meja kat tempat duduk yang aku kata ngam sangat tuh. agak2 ada harapan masuk paper Kosmo x?haha..


lalala.. malu saya nak citer kisah nih~


6 comments:

DoN said...

kah kah kah....
lawak gler...

LeA said...

hahahah...
nie paper ape nih??
bley lak masuk slah class~
hihihi
smgt nak jawab exam!!

~Cinta Cukulet~ said...

hehehe..nasib baik "tersedar"

olin said...

don,
hahah..malu!malu!

lea,
paper far600..hahaha..

cc,
tula pasal :D

HuSna aNaK EnCiK aZaHaR said...

woi olin..letak r char room..ngn follower..sng cket..adoai...=p

olin said...

husna,
chat room?mlm nnt k.. follower kan dah ada?