August 26, 2009

alahai adikku..

aku buat terawih lapan je malam nih. ni baru balik, terus jari rancak pulak nak menaip. mangsanya, korang la yang kena baca. hehe.

keluar dari masjid nak menghala ke kereta, adik aku yang darjah lima tuh jerit kat mak aku dengan kuatnya,

"Mak, citer Qaleysha!"

mak aku punya riak muka jadi kelat.

"Janganlah cakap kuat-kuat. nanti orang ingat kita buat lapan rakaat nak balik cepat sebab nak tengok tv." intonasi mak waktu tu dah lain macam.

mak aku pun xtau citer Qaleysha tu citer apa.

adik aku pulak, mentang-mentang dia anak yang last, tv tuh dia punya (selain bapak aku), semua citer kat astro tuh dia hafal. cet.








lalala... malu saya~

2 comments:

anaklaut said...

salam...

anaklaut senyum baca entri ni..tq sudi singgah anaklaut..:)

olin said...

anaklaut,
salam..

olin pun senyum jugak~

^_^