"Hai Cik Noni, on the way nak gi beraya ke?" Leman bertanya Cik Noni. Leman tengah bawak kereta Ford antiknya. Hajat hatinya nak tumpangkan Cik Noni yang tengah berlenggang-lengguk. Cantiknya Cik Noni hari ni, tak pernah pulak nampak dia cantik-cantik macam ni, detik hatinya.
"Raya? Eh kamu ni Leman, puasa pun belum start lagi, kamu dah pikir raya." Jawab Cik Noni sambil membetulkan selendangnya yang tak berapa nak tutup rambut.
"Takde la gitu gamaknya. Tapi saya tengok Cik Noni cantik sangat berselendang. Dah macam nak beraya. Meriah kaler selendang tu. Macam pelangi. Dari jauh saya dah nampak Cik Noni tau." tergugat aku, Leman sempat pandang Cik Noni atas bawah.
"Cik Noni bukan nak pergi beraya, Cik Noni nak pergi rumah Pak Alang. Dia buat kenduri doa selamat untuk anaknya yang baru dapat kerja. Kerja kat syarikat besar katanya. Omputeh sana. Entah, Cik Noni pun tak reti nak menyebutnya."
"OOooo..." Leman baru tahu. "Eh, kalu macam tu, meh laa naik kereta saya. Saya tumpangkan."
"Eh, takpe laa.. Menyusahkan kamu je Leman."
"Takpe.. Lagi pun, saya memang lalu rumah Pak Alang tu." Sambung Leman sambil membuka pintu kereta untuk Cik Noni. Gentleman sket, nak pikat Cik Noni, janda Pak Mat yang masih bergetah. Pak Mat dah meninggal lama dah, 3 tahun lepas. Tapi Cik Noni tak pulak berkahwin lain. Ada jirannya kata, Cik Noni tu sayang sangat dengan Pak Mat. Padahal, umur Cik Noni dengan Pak Mat amatlah jauh bezanya. Pak Mat 58 tahun masa bernikah dengan Cik Noni. Cik Noni pulak masa tu baru umur 18 tahun. Masih dara. Pak Mat pulak duda takde anak, kaya pulak tu. So, semua harta Pak Mat, baik rumahnya, tanah-tanahnya yang berpuluh ekar, dan ladang kelapa sawitnya, semua dipusakakan untuk Cik Noni. Cik Noni sekarang 35 tahun, tapi nampak macam 25 tahun. Entah jamu apa dia makan, tapi dia memang nampak muda.
Leman bawak kereta slow-slow. Dia kalau boleh tak mahu hantar pun Cik Noni ke rumah Pak Alang.
Wanginya Cik Noni ni, tergugat iman aku, dah laa jalan tadi pun lenggang-lengguk, hai, bila laa aku boleh dapat Cik Noni ni, hati Leman bersuara. Leman memang sudah lama berminat dengan Cik Noni. Sejak Cik Noni baru-baru menjadi balu lagi, dia sudah cuba memasang jarum. Tapi semuanya berakhir dengan penolakan.
"Tapi hari ni engkau takkan lepas ke mana-mana pun Cik Noni sayang... hehehe.." bisik Leman pada diri sendiri.
"Apa Leman? Kamu ada cakap apa-apa ke tadi?" Cik Noni bertanya.
"Eh, takde pape Cik Noni, takde pape. Saya cuma cakap kereta depan nih lambat sangat, nanti Cik Noni lambat pulak sampai ke rumah Pak Alang." huh, nasib baik Leman sempat cover line.
lalala.. malu saya, cerita nih akan bersambung~
4 comments:
Sambung jangan tak sambung..hehehe
kak tirana,
worraaiiiittt.. hehe
to be continue??? when?
don,
sabar ye~
Post a Comment