August 9, 2009

main netball tadi macam nak mampus. sekarang post entry dengan mata nampak bintang-bintang.

mungkin agak ganas perkataan mampus kat tajuk tu tadi. kalu kat muO perkataan mampus tu perkara biasa. tapi memang betul pun macam nak mati (baik sket.. hehe). pukul 8 pagi dah terpacak kat dewan. main liga. 1 team kena lawan at least 4 kali. mula2 main 10-5-10 (tempoh masa. maksudnya, 10minit 1st half, 5minit rehat, 10minit 2nd half). tapi dah pukul 11pagi, banyak lagi team belum main, so penganjur cepatkan masa jadi 7-3-7. dah petang sket, dalam pukul 2, diorang cepatkan lagi, 7-7. xde masa rehat. pergh.

mungkin ada yang fikir, alah main 15minit je dah semput ke? hoho.. tengok la sape yang aku lawan tuu.. budak2 sekolah. entah wakil mana agaknya, semua lincah2 macam lipas kudung. aku pun dah lama x main game macam nih. stamina badan dah lama hilang. impian nak jogging tiap2 hari pun nampak macam berkubur je. haha.. yang ada stamina mata dan jari. sekarang kepala rasa pusing2 pun jari tetap menaip dan mata menghadap laptop. pe jadah?

team aku nih campur-campur. makcik2 dan bukan makcik2 (aku la tuh). tapi sebab aku dah geng dengan makcik2, orang panggil aku pun makcik. benci.

pukul 4, final. team aku cuma dapat ke-4. dapat la rm100. jadik la tuh.. bukannya training. main belasah je all out. hihi.. pukul 5 baru sampai rumah. balik2 rumah pengsan. tido xhingat. hehe..

sori laa.. xde gambar nak tunjuk. memang xamek gambar pun. main basah2 ketiak macam mana nak amek gambar? hisy, malu saya~

P/S : kepala rasa berpusing semula.



Plus : result TANGGA RAYA CONTEST tengah malam nanti baru aku umumkan k.. aku nak tambah bilangan pemenang, mungkin dua atau tiga. sebabnya, semua design cantik2 dan famili aku kata nak ikut design semuanya (campur-campur). nanti aku tunjuk sekali design2 tuh dan yang mana satu warna dan hiasan yang aku mau. tungguuu ye~


lalala.. malu saya~

4 comments:

Tirana said...

Selamat berehat....tentu penat main siang tadi..malam ni tidur cukup2 ye..jangan dok bergayut kat internet pulak..

Monkey D Luffy said...

ko mcm makcik2 pun tak ada salah kan ;p

ZARA 札拉 said...

rehat wei!

olin said...

kak tirana,
hehe.. maceh kak ^_^

luffy,
cet. haha~

zara,
yes sir!