August 21, 2009

selamat berpuasa semua~

^_^

tadi aku pergi sekolah lama aku. adik aku PMR di situ bulan 10 nanti. makanya, tadi ada solat hajat anjuran PIBG. adik beradik aku semua sekolah kat situ. adik beradik mak aku pun sekolah kat situ. sekolah keturunan keluarga kami mungkin. hehe..

jumpa laa cikgu-cikgu lama.. cikgu zaini cuma ingat aku anak mazlan. cikgu-cikgu lain ingat lagi sebab aku tinggi kot. lagipun adik-adik aku semua sekolah kat situ kan.. semua adik aku tinggi-tinggi belaka. kira cincai-cincai ingat la tu.. hihi..

teringat pulak dulu pagi-pagi pergi sekolah naik kereta, agak jauh jugak sekolah tuh. sarapan dalam kereta. minum air milo pun dalam kereta. jalan dulu bukan cantik macam sekarang. lalu jalan short-cut, banyak pecah-pecah. tuu yang buat minum milo suam panas pun bley *melucut lidah dan bibir.

rindu kenangan zaman remaja (sekarang xremaja lagi ke? uhuk3). jalan-jalan depan kelas sebelah lah, main-main mata dengan mamat mata syahdu lah, melepak kat library masa rehat lah, semata-mata mau sekodeng mamat mata syahdu yang sangat suka melepak kat belakang library (entah apa dibuatnya kat situ), berlakon untuk pementasan lah. huh, yang xtahan tu, menang tempat kedua pulak. watak mencabar beb, ketua orang gila yang xde skrip. main ikut sedap mulut je. haha..

ada lagi, tengah-tengah lawan bola baling dengan sekolah lain, kasut tenggelam dalam lumpur, terpaksa tanggal kasut, habis main baru cari kasut yang tenggelam tuh. mana tak tenggelam, main bola baling pakai kasut basketball dalam hujan. mesti laa kasut *gedabak tu tenggelam. hisy.. entah macam-macam kenangan. padahal 1 tahun je aku sekolah kat situ. Form 3 je. lepas tuh aku pindah masuk sekolah asrama. masuk asrama jadi makin *terejal. hehe..




motif aku dalam entry nih cuma nak ucap selamat berpuasa

macam mana bley citer menda lain?




*melucut : melecur
*gedabak : besar
*terejal : nakal sangat-sangat


lalala.. malu saya~

10 comments:

Monkey D Luffy said...

terejal tu apa?

olin said...

luffy,
*terejal : nakal sangat-sangat

hehe~

ku tak sempurna said...

amboi... main mata dgn mamat mata syahdu yaaaa... apa kabar dia sekarang?? hikhikhik



selamat menyambut ramadhan ya..
maaf zahir batin

olin said...

kts,
dia sudah mau kawen.. hihi~

ZARA 札拉 said...

aku yang patut kamu ingat~

huhuhu~

olin said...

zara,
aku mesti laa ingat kamuu. kamu kan sekelas dengan mamat mata syahdu.. hihi~

naz said...

berpuasa dengan selamat ingatlah orang yang tersayang :)

olin said...

naz,
baik~

hehe..

Razman said...

kalau sekolah itu dibuka lebih awal, mungkin nenek moyang kamu juga bersekolah di situ..

olin said...

razman,
betul. tepat sekali jawapan anda. 10 markah!

hahaa~