September 28, 2009

dah lama aku tak dapat nak feeling penuh bila nyanyi lagu "balik kampung"

masa kecik duduk kat Kluang every time nak raya mulalah mak aku sibuk kemas barang-barang nak bawak balik kampung. semua benda kalu bley nak dibawaknya. hehe. pulak tu naik kereta antik tau. Ford lama. entah macam-macam kereta mak bapak aku dulu. Nissan antik, Datsun antik pun ada. Datsun dah barai baru tukar Wira. tapi Datsun tu memang best. apa x bestnya, time ada bonggol kat jalan, semua yang duduk seat belakang kena turun kereta. takut jejak sebab Datsun tu mendak gila. haha. memang lawak bila teringat... eh, apa cerita pasal kereta pulak ni? sambung sambung cerita raya. heh.

x kira laa kampung Muo ke, atau Batu Pahat. setengah jam dalam kereta, nyanyi lagu "balik kampung" macam nak rak. sampai suara pun serak-serak. kering tekak. lepas setengah jam memekak, semua tido. tinggallah bapak aku sorang yang drive. hehe.

sekarang?

duduk pun area kampung. x feeling ah kalu nak nyanyi lagu "balik kampung" kan. baru nak intro "ho ho ho" dah sampai dah kat rumah atok. haha.

tapi balik Batu Pahat mungkin laa bley nyanyi. cuma xde feeling sangat dah. semua adik-beradik dah besor-besor. kereta pun kena ada dua. dah kena bahagi-bahagi pulak adik yang ini naik kereta ni, adik yang ini naik kereta ni. x best laa nak nyanyi kan bila x cukup korum. hehe.

kesimpulannya ye tuan-puan, tiada moralnya cerita ni. haha..



lalala... malu saya~

8 comments:

CAHAYA said...

Haha. Teringat balik kampung aritu menyanyi lagu raya all the way sampai kampung. Maklumlah balik pagi 1 Syawal. Drama abis u ols.

CAHAYA said...

Haha. Teringat balik kampung aritu menyanyi lagu raya all the way sampai kampung. Maklumlah balik pagi 1 Syawal. Drama abis u ols.

ku tak sempurna said...

errr...

ho ho ho balik kampuuuuuungggg..

jom ikut aku balik kg.... kat KL..
hikhikhik


selamat hari raya

olin said...

cahaya,
haha.. seronotnye~

aku xpernah merasa balik kampung pagi raya.. huhu

olin said...

cahaya,
drama comel~

olin said...

kts,
aku ingat KL dah macam bandar mati bila hari raya. sebab semua orang balik kampung. aku lupa plak, mesti ada orang yang kampungnya kat KL. kamu ek? selamat hari raya~

^_^

CuTeMiUt78 said...

wah... blk beraya ke batu pahat ya.. tak singgah umah akak ke.. ??

olin said...

kak cutemiut,
kejap je balik sana.. huhu