September 22, 2009

kenangan ialah sesuatu yang bukan untuk dijual beli.





raya tahun ni kat rumah baru. still dekat dengan rumah atok sebelah mak di tanah maharani ni. petang hari raya pertama balik kampung sebelah abah di Batu Pahat. x bawak laptop ke sana sebab malas dan dah tahu mesti x sempat nak bukak laptop. memang betul pun. haha. petang hari ni baru balik ke Muo semula. dah laa tadi jalan jammed. hampeh.dot.com.

ni tadi mama angkat aku yang duduk di JB datang beraya. jamu mi bandung je. rancak berborak sampai aku buat teh dua kali. haus tekak. haha. pukul 12lebih baru mereka balik. sekarang baru dapat update blog pasal raya. sangat-sangat busy kan bila raya? normal, normal. hehe.

gambar-gambar ni pun dah bercampur-aduk. ada yang di rumah sendiri, ada yang di rumah atok Muo, dan ada yang di rumah nenek Batu Pahat (arwah atok sebelah abah dah xde).

esok ada open house rumah mak MB Johor. mungkin pegi, mungkin x. takut-takut ada orang nak beraya kat rumah pulak. kalu keluar beraya pun, tugas aku buat kek coklat. wajibulghunnah. xde tidak-tidak. mak aku sudaa pesan. hoh.

P/S : mamat mata comel beraya di rumah semalam. tapi x ambil gambar pun. benci betul bila terlupa tau. kamera dah ada di tangan, tapi x snap walau satu gambar bersama. huhu.

lalala... malu saya~

2 comments:

fndrocka said...

aku tak suka amik gmbr time raya..sebab kalau pakai baju sama tahun dpn terkantoi lah

olin said...

fndrocka,
haha.. klaka kamu ni~

aku mesti la amek gambar. tiap tahun baju raya bertukar. hihi~