September 16, 2009

kami bukan budak moden yang tahu permainan PC segala bagai masa kecik-kecik dulu.


dulu masa kat Kluang aku duduk kat rumah teres biasa. kampung punya style. bilik ada tiga. salah satunya bilik aku, kongsi sama adik perempuan aku yang satu-satunya. ya, kami hanya berdua perempuan, lagi empat kaum adam. sangat *terejal mereka.

aku baik je kecik-kecik dulu. (statement ni memang sampai ke sudah xbley percaya. haha).

ok, ini cerita masa aku sekolah darjah-darjah lagi belum tingkatan-tingkatan.

entry sebelum ni aku ada sebut pasal permainan cari barang. jenis main manual punya. bukan macam kat laptop tu. menatang komputer pun xpernah nampak beb. macam biasa, adik-adik aku laa jadi mangsa tukang cari barang yang aku sorok. masa tu yang ikut aku main permainan ni, adik kembar aku dan adik perempuan aku. biasa main berempat sebab adik ke-lima masih baby, yang last pulak belum ada tanda-tanda nak lahir ke dunia.

cara permainan manual ni senang je. bilik aku jadi mangsa. aku kunci pintu, dalam masa 5 minit aku akan sorok barang tertentu yang telah kami persetujui bersama. tinggal xde tandatangan memorandum je. hehe. contohnya, sikat, botol bedak, hanger, dan banyak lagi benda untuk disorok di tempat-tempat yang aku rasa susah untuk ditemui.

kadang-kadang dalam sarung bantal, celah katil, celah baju yang berlipat, celah buku, banyak lagi tempat yang aku xkan nyatakan kat sini, takut-takut adik aku baca nanti dia xpuas hati sebab aku xpernah bagi tahu pun kat mana aku sorok barang tu kalu diorang xjumpa. haha. lagipun, aku rasa diorang dah xingat kot permainan ni sebab diorang kecik-kecik sangat lagi. jenis otak lum ada permanent storage masa tu. haha. aku lain. bab meniayakan orang ni aku ingat. hehehe.

kira sape antara mereka bertiga yang dapat cari paling banyak, menang laa.. ceh. betul-betul budak kecik. haha. kadang-kadang tukar sape tukang sorok dan tukang cari. tapi penghabisnya aku jugak yang jadi tukang sorok sebab diorang lembab gila nak sorokkan barang. aku bagi 5 minit, dibantainya macam 5 jam. hangin aku. tapi lagi hangin kalu dah lepas main semua xmahu kemas semula. bersepah gila. hmm..

alahai, zaman budak-budak memang best.

entry sebelum ini jugak aku ada mention pasal adik kembar aku kan? meh kita baca hukuman apa yang mereka pernah kena masa kecik-kecik dulu.

ada sekali tu, salah seorang daripada adik kembar aku tu main kat luar rumah. pukul 7 malam baru nampak muka. apa lagi bapak aku *sesah la dia. dah xpasal-pasal malam tu dia kena ikat kat pokok durian tepi rumah aku. dah la ada kerengga kat situ. kesian. 2 jam kena ikat baru bapak aku kasi masuk rumah. nasib baik bukan musim durian. kalu x, memang nasib malang la adik aku kepala ada lubang-lubang.

lepas-lepas tu, main kat luar rumah balik mesti pukul 6.30petang dan dah siap mandi bila bapak aku balik dari kerja. takut beb.. haha.

yang kembar lagi seorang pulak, pernah kena sumbat dalam guni dan bapak aku letak dalam mesin basuh. zaman dulu, mesin basuh tu nampak besar beb. mungkin sebab kitorang kecik? hehe. kalu sekarang, nak letak kaki pun lum tentu muat sebab panjang sangat la pulak. haha. x ingat la sebab apa dia kena hukuman macam tu yang pasti dia ada buat salah. kesian... hehehe..

ada lagi macam-macam hukuman yang kitorang pernah dapat. tapi lain kali aku citer lagi. sekarang mahu sambung menaip assignment Master Ji. huh, 3 buku beb.. 3 buku!!



*terejal = nakal sangat
*sesah = belasah

lalala.. malu saya~

4 comments:

ayinn said...

hahaha,..
kecik2 mmg nakal owh macik olin??
hehehehe,...
xpe2,.. besar2 suda baikk,..
silamat hari rayaa,...

al said...

salam...lebaran buat Olin
sekeluarga..


maaf zahir dan batin

Unknown said...

ayinn,
haha.. aku sekolah rendah lagi memang dah dapat pangkat makcik beb. family besar sangat. haha..

selamat hari raya~

Unknown said...

al,
salam lebaran buat kamuu~

maaf zahir batin..

mintak halal ilmu yang diberi~