October 8, 2009

POLIS, sila ambil perhatian. timbang-rasa anda itu perlu. jangan tahu nak menyaman orang tanpa usul periksa, tanpa penelitian yang khusus!

balik dari sekolah tadi aku terus makan tengahari. ada mak kat rumah so balik-balik terus bley makan dengan senang hati. haha. mak cuti seminggu dari bekerja sebab nak teman adik aku yang PMR tu. biasa la mak aku tu, time kitorang adik beradik ni exam, memang dia amek cuti. puasa dan solat hajat. kitorang ni pulak yang tido memanjang. baca buku sket-sket. selak-selak buku nak sedapkan hati je la katakan.. hehe.

tapi orang dulu-dulu jugak pernah berperibahasa, ku sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. aku paksa mak aku teman gi town. nak gi bank. kononnya mahu bank-in duit. lepas tu nak ke KWSP sebab nak check my account. tapi tulaa.. malang memang tak berbau. pandai orang dulu-dulu buat peribahasa.. deposit cash machine tu jammed time aku dah masukkan duit dalam ruang yang disediakan tu. tak pasal-pasal aku kena isi borang report. esok baru bank kreditkan duit tu dalam account. nak gi KWSP pun dah tak sempat.

mak aku pulak, sambil tunggu aku selesaikan urusan, dia drive pusing-pusing roundabout and turned back. depan bank tu line kuning, tak bley parking la kan. ada polis jaga. mak aku berhenti kejap, nak tunggu aku masuk kereta ni. baru mak aku nak gerak jalan, polis tu tahan. kena saman. aiseh. apa ke bengapnya polis tu. tak pernah aku jumpa polis bengap macam tu tau. aku ingat nama dia dan nombor badan dia. xde timbang-rasa langsung. fikirkan, enjin kereta still running, mak aku tengah nak drive nak blah dari situ, dia bley pulak tahan mak aku and saman. memang salah mak aku berhenti kat line kuning, tapi tak sampai 2 minit pun, tak sampai 2 minit pun beb mak aku berhenti tu. kenapa kereta depan mak aku yang dah berlama-lamaan lepak kat situ tak kena saman? kurang-kurang ada 3 motor lepak kat line kuning tu pun tak kena saman. apesal macam tu? fikirkan lah. lagi pun tak logik la kan kalu depan bank tak bley berhenti kejap. tak logik, tak logik. 2 minit je beb, itu yang aku tak puas hati. bukannya mak aku tak mintak mahap dengan polis tu. aku rasa mak aku tu laa paling berbudi bahasa sekali. polis tu bley pulak buat muka sombong. pangkat tak tinggi jugak. berlagak lebih.

sudahnya, sepanjang perjalanan balik rumah aku kena dengar mak aku membebel pasal polis tu. bukannya senang nak tengok mak aku bengang-bengang beb. hajat hati nak singgah beli putu piring kat tepi jalan on the way balik pun berkubur dalam perut. hoh.




P/S : jangan kata aku benci polis pulak. tapi kadang-kadang ada sesetengahnya menyakitkan hati. orang berbudi kita berbahasa la kan.

lalala... malu saya bengang-bengang macam ni~

18 comments:

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

woot!

bang polis~

Afifee said...

sabar je la..
polis tu bengap n xbertimbang rasa sebab baru keja kot, dia teringin nak merasa first time saman org...hehe :D

Anonymous said...

mgkn duit 2 perlu didepositkn ke dlm akaun aku bru ok kot...

POlis 2 mgkn expect ko bru kuar duit utk belanja dia kot.. xp tgh berusaha nk capai target saman utk arini..

Anonymous said...

mgkn duit 2 perlu didepositkn ke dlm akaun aku bru ok kot...

POlis 2 mgkn expect ko bru kuar duit utk belanja dia kot.. xp tgh berusaha nk capai target saman utk arini..

CAHAYA said...

aku bengang gak kalau polis perasan bagus.

dulu aku penah ditahan kononnya sebab aku kurang ajar tak berhenti angkat tangan kat dia.

sialan!

"Awak ingat saya berdiri kat sini tunggul ke?"

Nak je aku jawab 'Ya'.

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

huhu..sabo ye....nak buat cammane dia ada KUASA....walaupun dia tahu KUASA dia tu tak leh bawak mati pun...maybe sbb tu dia nak guna Kuasa dia sementara hidup...klau dah tak bernyawa nanti semoga dia bersedia menjawab pada yang lebih berkuasa ....

tinta kasturi said...

sabar-sabar.
mungkin iq dia kurang tinggi,
sebab kurang makan ikan dan kekacang..

he he

tinta kasturi said...

sabar-sabar.
mungkin iq dia kurang tinggi,
sebab kurang makan ikan dan kekacang..

he he

messyremo said...

darn~~~

ntah ler..

klu dapat polis cmtu.aku pun bengkek~
polis rajin terlebih~~

Unknown said...

zara,
woohoohooo~

Unknown said...

afifee,
hmm.. polis tu dah tua dah.. aku memang sabar tapi sakit hati jugak.. kalu xsabar lain cerita dah kan. hehe~

Unknown said...

airland,
betul2. memang dia nak cukupkan kuota hari tu kot. kalu tak kenapa mak aku je kena saman, yg lain xkena? huhu~

Unknown said...

cahaya,
hehe. tapi kalu aku, aku biasa angkat tangan dan bagi salam. in case kalu aku ada salah pun, aku masih berbudi bahasa, dan mungkin kesalahan aku akan dimaafkan. mungkin..

tapi kali ni polis tu memang berlagak sangat..

Unknown said...

mawar berduri,
hmm.. xpelah. sabor jelah kan..

Unknown said...

tinta kasturi,
hmm.. hehe.. baiklah. dah hilang marah dah pun. cuma kecik hati je polis tu buat mak camtu. mak bukan budak muda. orang muda pun kita hormat lagikan plak orang tua. huhu~

ayinn said...

unni olin,..
sy paham cmne rsnya tuh,..
uhuk2,..
rs yg bengang dan keciwa teramat sebab kerana 2 min duit melayang,..

p/s: rasa cmni dulu lepas failed test motor,..

Unknown said...

messyremo,
tau xpe..

Unknown said...

ayinn,
hmm.. xpuas hati betul kan rasanya..