November 1, 2009

kadang-kadang otak kita tak mampu terima sesuatu yang berat.


kepala batu. kan berat tuu. lagi pulak kalu terjumpa dengan orang yang kepala batu ni. makan batu la kita kalu nak tunggu dia ubah pendirian dia. korang mesti pernah jumpa kan orang macam ni? kepala batu cuma simpulan bahasa (wah, sejak jadi cikgu bahasa melayu, simpulan bahasa pun dah tahu dah. dulu simpulan bahasa dengan peribahasa mana pernah aku dapat bezakan. haha) maksudnya orang yang degil. ye, aku tahu yang kamu sudah tahu. sila baca cikgu nak mengajar. pada yang dah tahu, sila baca juga untuk ulangkaji.

kepala batu. kalu hitam kata dia, hitamlah. biar berbuih mulut kita kata warna biru ke merah ke, tetap dia dengan kepala batunya. kadang-kadang kalu lawannya dengan orang panas baran, lagi haru beb. mahunya batu betul-betul (omputeh kata 'rock') kena hentak atas kepala. baru kena buku dengan ruas.

cuba kita tengok sekeliling. contoh paling dekat, family. ada tak yang kepala batu? orang tua-tua kata, anak kedua ni kepala batu sket. betul? tak betul? haha. anak kedua sila jawab dan pertahankan diri kamu ya?

tapi kenapa aku yang anak pertama ni selalu orang salah anggap sebagai anak kedua???


aku musykil jugak sekali-sekala.

lalala... malu saya~

6 comments:

Tirana said...

hehehe..kak tirana pulak tak kuasa nak layan orang yang kepala batu...baca buku lagi baik sebab buku tidak pernah bersikap kepala batu.

wHoSeNa said...

anak kedua baikla!!!!wlupun kepala batu..die selalu plg byk berjasa tau..huhuhuh

CAHAYA said...

aku anak kedua. dan aku memang kepala batu. nak pertahan pun x leh nak tahan dah.

Unknown said...

kak tirana,
betul. hanya orang yang sabar je bley tahan dengan orang yang kepala batu ni. hehe..

P/S: baru habis baca Mikhail. best!

Unknown said...

husna,
hahaha.. dari ayat kamu sendiri dah ngaku.. hihi..

berjasa atau tidak, terpulang kepada orang sekeliling kita untuk menilainya.. ^_^

Unknown said...

cahaya,
xpe. kepala batu ni masih kategori penyakit yang bley diubati. yang pasti usaha. chaiyok!!

^_^