Showing posts with label akal dicipta untuk kita berfikir. Show all posts
Showing posts with label akal dicipta untuk kita berfikir. Show all posts

February 19, 2016

Kadang-kadang aku pun kanak-kanak juga......


Walau berumur banyak mana sekalipun, mesti ada sikit sifat kebudak-budakkan dalam diri kita. Betul?

Bila tengok kanak-kanak, terasa nak balik ke zaman itu. Tahu main jerr. Tak payah pikir pasal hal lain. Betul?

Kadang-kadang kita sendiri tak sedar kita bersikap tak matured and childish. Tapi yelah kan hakak dah kata, memang mesti ada paling tidak 1% sifat kebudak-budakkan dalam diri kita niii

To my babies Nur Hanin Azzahra dan Nur Hanin Nafisa,

YOU WILL ALWAYS BE MY BABIES. Since you were in my womb, now.... and FOREVER...





P/S: Siap laa korang kalau dah besor nanti tak pakai Premium Beautiful Korset, kena babab! Jangan jadi macam ibu, dah tua baru nak pakai. Hahahahahahh

Feel free to contact me 0133907218 for free consultation and free fitting Premium Beautiful :-)


November 1, 2009

kadang-kadang otak kita tak mampu terima sesuatu yang berat.


kepala batu. kan berat tuu. lagi pulak kalu terjumpa dengan orang yang kepala batu ni. makan batu la kita kalu nak tunggu dia ubah pendirian dia. korang mesti pernah jumpa kan orang macam ni? kepala batu cuma simpulan bahasa (wah, sejak jadi cikgu bahasa melayu, simpulan bahasa pun dah tahu dah. dulu simpulan bahasa dengan peribahasa mana pernah aku dapat bezakan. haha) maksudnya orang yang degil. ye, aku tahu yang kamu sudah tahu. sila baca cikgu nak mengajar. pada yang dah tahu, sila baca juga untuk ulangkaji.

kepala batu. kalu hitam kata dia, hitamlah. biar berbuih mulut kita kata warna biru ke merah ke, tetap dia dengan kepala batunya. kadang-kadang kalu lawannya dengan orang panas baran, lagi haru beb. mahunya batu betul-betul (omputeh kata 'rock') kena hentak atas kepala. baru kena buku dengan ruas.

cuba kita tengok sekeliling. contoh paling dekat, family. ada tak yang kepala batu? orang tua-tua kata, anak kedua ni kepala batu sket. betul? tak betul? haha. anak kedua sila jawab dan pertahankan diri kamu ya?

tapi kenapa aku yang anak pertama ni selalu orang salah anggap sebagai anak kedua???


aku musykil jugak sekali-sekala.

lalala... malu saya~

October 8, 2009

POLIS, sila ambil perhatian. timbang-rasa anda itu perlu. jangan tahu nak menyaman orang tanpa usul periksa, tanpa penelitian yang khusus!

balik dari sekolah tadi aku terus makan tengahari. ada mak kat rumah so balik-balik terus bley makan dengan senang hati. haha. mak cuti seminggu dari bekerja sebab nak teman adik aku yang PMR tu. biasa la mak aku tu, time kitorang adik beradik ni exam, memang dia amek cuti. puasa dan solat hajat. kitorang ni pulak yang tido memanjang. baca buku sket-sket. selak-selak buku nak sedapkan hati je la katakan.. hehe.

tapi orang dulu-dulu jugak pernah berperibahasa, ku sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. aku paksa mak aku teman gi town. nak gi bank. kononnya mahu bank-in duit. lepas tu nak ke KWSP sebab nak check my account. tapi tulaa.. malang memang tak berbau. pandai orang dulu-dulu buat peribahasa.. deposit cash machine tu jammed time aku dah masukkan duit dalam ruang yang disediakan tu. tak pasal-pasal aku kena isi borang report. esok baru bank kreditkan duit tu dalam account. nak gi KWSP pun dah tak sempat.

mak aku pulak, sambil tunggu aku selesaikan urusan, dia drive pusing-pusing roundabout and turned back. depan bank tu line kuning, tak bley parking la kan. ada polis jaga. mak aku berhenti kejap, nak tunggu aku masuk kereta ni. baru mak aku nak gerak jalan, polis tu tahan. kena saman. aiseh. apa ke bengapnya polis tu. tak pernah aku jumpa polis bengap macam tu tau. aku ingat nama dia dan nombor badan dia. xde timbang-rasa langsung. fikirkan, enjin kereta still running, mak aku tengah nak drive nak blah dari situ, dia bley pulak tahan mak aku and saman. memang salah mak aku berhenti kat line kuning, tapi tak sampai 2 minit pun, tak sampai 2 minit pun beb mak aku berhenti tu. kenapa kereta depan mak aku yang dah berlama-lamaan lepak kat situ tak kena saman? kurang-kurang ada 3 motor lepak kat line kuning tu pun tak kena saman. apesal macam tu? fikirkan lah. lagi pun tak logik la kan kalu depan bank tak bley berhenti kejap. tak logik, tak logik. 2 minit je beb, itu yang aku tak puas hati. bukannya mak aku tak mintak mahap dengan polis tu. aku rasa mak aku tu laa paling berbudi bahasa sekali. polis tu bley pulak buat muka sombong. pangkat tak tinggi jugak. berlagak lebih.

sudahnya, sepanjang perjalanan balik rumah aku kena dengar mak aku membebel pasal polis tu. bukannya senang nak tengok mak aku bengang-bengang beb. hajat hati nak singgah beli putu piring kat tepi jalan on the way balik pun berkubur dalam perut. hoh.




P/S : jangan kata aku benci polis pulak. tapi kadang-kadang ada sesetengahnya menyakitkan hati. orang berbudi kita berbahasa la kan.

lalala... malu saya bengang-bengang macam ni~

September 10, 2009

kalu dah memang setan, bulan puasa kena ikat pun tak serik-serik lagi.

ada jugak yang ponteng sesaje je siang-siang hari di bulan puasa tanpa sebab musabab yang pasti. sedap je dia melantak makan kat khalayak ramai. kat kedai cina pulak tu. haih. baca berita semalam kalu mahu tahu lebih lanjut. malas aku nak link kat sini.

kadang-kadang naik menyampah baca berita macam tu. bukan menyampah kat pemberita ke apa, tapi menyampah kat orang yang ponteng puasa dan makan di khalayak ramai. kok ye pun xpuasa, xyah la makan depan orang ye x? kalu kat rumah sendiri tu aku xamek port la kan, tapi makan pulak kat kedai bangsa lain. xmalu ke bila mereka yang bukan sebangsa dengan kita tanya kenapa makan? orang lain puasa xmakan siang hari tapi kenapa kamu makan? hisy.. buat malu kaum je lah.

malu. malu. malu saya~

August 30, 2009

semua orang mahu ucap selamat hari merdeka. aku?

aku ucap jugak lah~

selamat hari merdeka!

^_^




ke'pink'an sungguh gambar ni.
aku yang sedang penat tapi gembira.
kata-kata cinta itu hanya untuk sekeping hati si mamat mata comel.
terima kasih.




malas nak ulas panjang-panjang pasal merdeka.
kamu semua kan sudah besar.
hehe.




lalala... malu saya~

August 17, 2009

hati kering.


bukan hati kering macam ikan kering. tapi "hati kering" ni mak aku punya bahasa.

contoh situasi, aku gi sinki nak basuh tangan dan pinggan yang baru aku guna. ada pinggan kotor di sinki. x banyak pun pinggan kotor tu. tapi aku cuma basuh pinggan kotor aku. x basuhkan pun pinggan kotor yang lain. mak aku kata, hati aku hati kering.

dan aku kata, kalu aku x basuh pinggan kotor tu termasuk pinggan kotor aku sendiri, hati aku hati kontang, hati kering-kontang. mungkin kekurangan kasih sayang?





lalala.. malu saya. saya mahu hati lembut macam sutera. cantik di hati~

August 12, 2009

award merdeka dah ada. tapi merdeka kah fikiran kita?


award dari mr.ooppadon


macam yang aku kata tadi, dah merdeka ke fikiran kita nih? xyah laa sambut merdeka kat tempat-tempat yang x sepatutnya, dengan perlakuan yang x sepatutnya.

adalah lebih baik sambut merdeka dengan membaca AlQuran, berselawat untuk Rasulullah s.a.w., bertasbih & bertahmid memuji kebesaran Allah. itu lebih baik & berkat. daripada tonggang arak, terkinja-kinja macam beruk mak yeh. (beruk mak yeh pun lagi cantik kot?)

bukan aku nak mengaku aku ni baik sangat. tapi sama-sama lah kita menuju yang lebih baik kan? huhu..

aku cuma sedih bila teringat pasal merdeka nih. korang nak kata aku jiwa patriotik fanatik pun xpe. aku rela. aku belajor sejarah. semua rakyat malaysia nih amek subjek sejarah masa SPM (kecuali lah yang x sekolah.. huhu). dah tu? nape masih ada lagi yang x paham bahasa. masih x mengenang perjuangan tok nenek kita dulu. nak capai merdeka bukan senang. masih lagi x amek pengajaran. bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. apa x paham-paham lagi? (dah nak jadi the hulk nih.. hinsff.. hinsff..)

"eh olin, ko nih emosional pulak.. udah-udah ler tu.. kalu ko rasa marah sangat, tembak je aku nih dengan senapang air ko tuu.. baru pegang senapang air, berangan macam nak gi berperang."

alamak. kantoi pulak.






*tatu = persembahan lakonan ala-ala fentomen tuu..

lalala... malu saya emosional camni~