Showing posts with label saje nk btau korang.. haha. Show all posts
Showing posts with label saje nk btau korang.. haha. Show all posts

February 29, 2016

NORKIAH NOKIA. Everything is about CHANGE.

Sharing from one of telegram group.
======================
Tentunya kita masih mengingati saat-saat kegemilangan syarikat Nokia. Boleh dikatakan kita semua mengenali dunia “handphone” melalui syarikat berkenaan yang suatu ketika dahulu produknya dimiliki oleh hampir setiap orang. Namun, di mana Nokia sekarang? Tentu ada sesuatu perkara yang sangat berharga yang kita boleh belajar daripadanya.


Nokia CEO ended his speech saying this “we didn’t do anything wrong, but somehow, we lost”.
By: Ziyad Jawabra

During the press conference to announce NOKIA being acquired by Microsoft, Nokia CEO ended his speech saying this “we didn’t do anything wrong, but somehow, we lost”. Upon saying that, all his management team, himself included, teared sadly.

Nokia has been a respectable company. They didn’t do anything wrong in their business, however, the world changed too fast. Their opponents were too powerful.

They missed out on learning, they missed out on changing, and thus they lost the opportunity at hand to make it big. Not only did they miss the opportunity to earn big money, they lost their chance of survival.
The message of this story is, if you don’t change, you shall be removed from the competition.
======================

Yup, thats why I chose to change. Taknak berada di comfort zone terlalu lama. Actually dah lama berbisnes cuma takde ilmu dan takde mentor. Now dah jumpa #premiumbeautiful, berazam nak naikkan taraf kehidupan keluarga, nak bantu ramai orang naik taraf kehidupan masing2. Sebab kita bukannya kaya sangat nak derma duit banyak2 kat orang. Apa yang mampu, share ilmu bisnes. Bagi peluang pada orang lain untuk majukan diri. CHANGE is a BIG WORD. Rugi tak berubah sebab zaman berubah sangat cepat! Have to CHANGE FAST to adapt! If not, memang jadi Nokia lah!

Nah, bagi gambor Tsunami PB sikit. Heheh


Tahu tak iols dah habis jual 7set tak sampai 1bulan? Set target hanya nak jual 2set je sebulan. Dah ada ilmu, rupanya SENANG SANGAT bisnes niiii

Nak tahu peluang bisnes yang senang ni? Jom kita sembang2 kopi2. Boleh whatsapp ke 0133907218 okayyy

#copypaste #sharing #pbangels #pbexpert #incomebesar

February 28, 2016

Make up dinner nak jadi Red Medieval, alih2 orang kata muka Syatilla Melvin

Aduhai... title tak boleh nak panjang lagi ke? Hahaha.. baru je lepas dinner Johawaki Group sabtu lepas. Bukan olin yang kerja dengan Johawaki okay, tapi mamat mata comel. Ramai pulak ingat olin dah lompat kerja lagi. Muka asyik lompat kerja ke olin ni??? Hahahah malu sayeeee

Olin make up dengan MUA kawan masa belajar kat UiTM dulu.. lawa sangat make up nya, memang terbaikkkk dia punya servisss heheh.. boleh cari kat FB dia nama Nur Raihana


Dia pun ada buat pakej urut wanita berpantang, lulur, mandi herba semua lah. Boleh contact or pm dia kat FB kalau berkenan. Heheh

Nak dijadikan cerita, olin memang dah aim nak jadi Maleficent, sekali pergi Costume Empire olin tengok kostum Maleficent tu macam kelakar jerrr.. dengan sentengnya, tanduk pun gelemeng jerr (gelemeng tu macam lembik laa), tak berkenan pulak sayeee. Sudahnya olin main amek je mana2 baju yang labuh. Yelah bayangkan jelah kalau nak cari jubah biasa2 tu pun susah, apetah lagi kostum yang memang limited choice. Hahah memang idok lerr akak nak memilih sangat kannnn


Berangan nak jadi Maleficent with her big wings! But ended up jadi Red Medieval and mamat mata comel as Captain Hook. Siap semua accessories lah kedai kostum tu bagi. Rental 1set kostum RM150, deposit harga yang sama dengan kostum yang dipilih. Untung jugak buat servis ni. Kos sekali jer buat kostum, tapi kostum berulang2 kali boleh dapat dipakai.. heheh

Tapi mamat mata comel saye tu tak pakai topi. So tak tahu lah nak kata captain hook ke apa. Hahahah belasah jelah janji ikut tema ye takkk.. Nasib baik olin tak amek kostum Maleficent tu. Rasanya ada 5-6 orang kot pakai yang sama. Hahahaha

Best actor malam tu pakai baju pemain bolasepak ala2 OLA BOLA. Memang tak terfikir langsung and memang RARE. Jimat kos tapi menang. Ala2 Hafiz menang Juara Lagu pakai tshirt and seluar senam nyanyi lagu Awan Nano. Haa gituuu. Best actress pulak pakai baju ala2 Ice Princess. Best couple pakai Sultan Melaka and Puteri Hang Li Po.

Paling best, olin dapat ler salam Ella. Time dia nyanyi perform dekat meja kitorang, terus mamat mata comel suruh, "Haa Ella datang, salam dia salam dia cepat". Dah ler tengah syok amek video Ella nyanyi. Kelam kabut. Hahaha.. ape daaa macam tak pernah jumpa Ella. Kata pun peminat kannnn.. maafkan jelah saye niiii
Bila post gambor kat IG and FB, dah ada pulak yang komen, eh macam Syatilla Melvin lah. Ahaks. Mentang2 dia tengah IN sekarang, habis lah make up olin pun seakan sama??? Ini MUA akakkk punya kerja ya. Muka asal tak sama langsung okayyyy. Kbaiiii 


Me and mamat mata comel

Hah ada rupa ke?? Nampak sama tapi bukan diaaa hehehe

 
Tak takut dah nak pakai baju macam ni coz pakai #premiumbeautiful. 
No more ketulan2 lelamaks bersepah2. Hahaha

Special mystery gift for you yang contact olin to book your PB Corset this March! Regardless anda cash buyer atau instalment (ansuran). Sempena my mom's birthday month, YEAYYYYY!!

Salam sayang..Olin

0133907218

February 21, 2016

BIG WHY

Sharing from group whatsapp Aura Rezeki..
❤❤❤❤❤❤ KENAPA / BIG WHY??
Big why atau sebab besar mengapa kita buat sesuatu itu amat penting.
❤ Big why membuatkan kita bingkas bangun dari tidur yang nyenyak lebih awal dari orang lain.
❤ Big why membuatkan kita lebih fokus mencapai visi yang yang telah ditetapkan. Fokus yang tajam menikam.
❤ Big why menolak kita ke hadapan secara automatik tanpa dipaksa atau disuruh-suruh.
❤ Big why membuatkan kita tersenyum walau disindir mahupun dicerca oleh orang.
❤ Big why membuatkan kita sukar terkeluar dari trek mencapai visi.
❤ Big why menjimatkan masa melaksanakan misi tanpa melakukan perkara-perkara tidak berkaitan.
❤ Big why mendisiplinkan kita untuk mencapai matlamat.
❤ Big why memudahkan kita berkata 'tidak' kepada perkara yang tidak berkaitan.
❤❤❤❤❤❤
So apa yang iols boleh rangkumkan is Big why tu punca kenapa kita nak kena buat semua di atas. Apa sebab yang kita sanggup bangun lebih awal dari orang lain, jadi muka tembok, tak takut kena maki, disiplin, fokus untuk capai SEBAB KENAPA tu.
Ada orang nak kena buat semua di atas SEBAB
❤ nak kerja support keluarga, kalau tak buat semua ni, tak makan lah anak isteri berhari2
❤ nak extra income, kalau takde extra income memang tak dapatlah nak menyimpan untuk waktu2 kecemasan. So kena buat #2kerja bak kata menteri
❤ nak banggakan mak ayah, family
❤ nak bersara awal
❤ nak selesaikan hutang
❤ nak financial freedom
Dan banyak lagi sebab. Sendiri fikir. Heheh
.
.
.
Tahu ke tahu yang jual baju dalam ni boleh dapat income 4-5 angka sebulan? Iols ada caranya, boleh roger 0133907218 okayyy
Nah, bagi fefeeling tsunami PB sattt
Sape2 beli set Premium Beautiful bulan ni ada.... jeng jeng jengggg
PROMO Cash Rebate up to RM400! Iols bagi FREE GIFT lagi!
.
.
.
.
.
Aura Rezeki pun ada PROMO bulan ni tauuu

PROMOSI BULAN NI SAHAJA!

Harga Semenanjung
1set RM50
2set RM90

Harga Sabah & Sarawak
1set RM60
2set RM110

FREE Mistral Roses (Serum Mawar) 35ml


February 19, 2016

Ohhhh WISHLIST??????

my wishlist in life ♥

Travel around the world.
Maintain healthy & increase fitness.
Jogging 15minutes a day

Own businesses.
A su
ccessful businesswoman, of course!
Avoid foe.Friends forever.
Be Edward Cullen's Leading Lady.
"In your dreams, Olin!" haha~
Be a good children and a good person.


Actually these were my wishlist since when tak ingat dah. TAPI still sama dari dulu sampai sekarang. 

Aku masih nak travel around the world.
Aku masih nak maintain sihat and fit.
Aku nak own bisnes.
Aku tak suka musuh (sape yang suka maknanya dot dot dot)
Aku memang masih kawan jer dengan semua kawan2 aku yang lama ke yang baru. FOREVER kata ko haa..
Hah jadi Edward Culler's Leading Lady ni berangannnn
And still kejar cita2 untuk jadi anak yang baik, orang yang baik dan berguna.

CUMA...............

Bab joging tu....... hahahahahahah tak relevan dah untuk aku niiii. joging kejar anak boleh laa (boleh tak kira tu sebagai 15minutes a day?????)

Blah lah Olin. Ko pakai Premium Beautiful sudeyyyyy. Duduk diam2, senyap2, pegun2 situ je. Bagi Premium Beautiful Korset tu yang buat kerja. Habis lahhh kau Olin. Lepas ni boleh tukar Tagline baru.

HEALTHY, BEAUTY, WEALTHY

Haa barulah kerlasssss

Sape nak free consultation free fitting boleh roger iols 0133907218. Ada PROMO BAIK punyaa.. 

Nah bagi sikit glimpse of luxurious Premium Beautiful Corset yang iols duk cerita2 sangat tu. Bagi korang meleleh air liur sampai lantai ehhh heheheh


Boleh masukkan Premium Beautiful ni dalam WISHLIST korang. Gituuuu... heheh

Hah? Apa? Tak boleh masuk wishlist sebab ko lelaki? Ehhh, ingat lelaki tak boleh pakai ker??? Boleh laaa, bukan korang lelaki je pakai, korang boleh hadiah ke isteri, mak, adik beradik, anak, kawan, dan sedara mara kalau nak. Kalau hadiah kat isteri ni, confirm malam ni dapat dah 2-3 round tanda terima kasih.. eh eh eh tak sensored pulakkkk hahahha abaikan maafkan sayaaaaa lalalalala~
 

April 29, 2010

setelah sekian lama, akhirnya aku datang juga ke sini.




aku cuma berhijrah keluar dari kepompong mu0 kesayangan aku tu. kerja yang aku buat sekarang mungkin tahap gaban punya rahsia, tapi maintain comel itu wajib. jadi aku sertakan sekali bukti aku bersuka ria di nando's dengan makan macam nak gila punya melantak sampai kenyang nak muntah-muntah pun ada. ini semua disebabkan untuk melepas tension bila dah kerja penat-penat. have to reward myself, you know. heheh

credit to mamat mata comel yang sudi melapangkan masanya meneman aku serta membelanja makan orang yang kuat makan ni. wahahahah

malu saya~

^_^


December 25, 2009

fon hilang. semua perkara jadi terbantut. tinggi aku je yang tak.


aduhai.. nasib malang. dah seminggu jugak laa fon hilang. takdela mahal. tapi banyak contact no yang aku simpan dalam fon dah hilang. tapi aku still pakai no fon yang lama ok? maaf laa aku lama tak dapat berblogging. dah tak jadi blogger tegar lagi dah. hehe..

baru lepas interview guru sandaran isnin lepas. dengar-dengar mahu pakai ramai orang. tak tahu lagi bley dapat ke tak job tu. sebab yang interview kat Muo je dah 300 orang lebih kurang. insyaAllah dapat.

ok lah, ada masa nanti aku online lagi. kat cc yang bising dengan orang main game dan panas sebab kipas tak menghala kat aku dan tiada air-cond ni buat aku panas hati dan badan.

selamat tahun islam yang baru and happy christmas!

^_^

November 21, 2009

alhamdulillah. rezeki itu ada di mana-mana je..

syukur lah. terisi jugak masa aku time cuti sekolah nanti. buat tuition pun jadilah asalkan kerja kan? nak tunggu dapat kerja kat company-company yang aku mintak tu belum tentu dapat. banyak yang bagitahu diorang buat masa ni "beku".

aku baru hantar borang GSTT (Guru Sandaran Tidak Terlatih). doa-doa kan laa aku dapat kerja tu ye? at least dapat gaji bulan-bulan.. hehe..

salam sayang untuk semua. ^_^




lalala... malu saya~

November 20, 2009

November 19, 2009

3 tahun 3 bulan 3 hari.

wah baru perasan. hari ni dah 3 tahun 3 bulan 3 hari aku dengan mamat mata comel.

semoga berkekalan lah hendaknya. alhamdulillah..


lalala... malu saya~

tercekik aku.

tekak kalu tak mencekik hari-hari tak sah kan? tahu nak makan je. perut pulak macam ada rock band. kalu lapar, tak sah kalu tak bunyi.

kesian jiwa aku. perasaan aku terganggu. siapa suka panggil nama aku nih?

tercekik aku.

esok berpisah. hari ni ada budak tanya aku, " cikgu nak hadiah apa?"

nak je aku jawab,

"bagi cikgu rumah sebijik"

boleh?

October 21, 2009

haus atau dahaga?

kat cc ni. air-cond ni agak kuat.

gigil beta. beta tak biasa sejuk-sejuk ni. mungkin keturunan raja padang pasir?

panas pun haus. sejuk pun dahaga. terhidrat beta.

"ah, biasa je ni.."

"ah, ni pun biasa je.."

"haa.. rebina~"







kering tekak aku. sekarang baru aku tahu, sedapnya air rebina.



lalala.. malu saya~

October 11, 2009

guru besar, boleh tak saya ponteng kerja esok?

kepenatan melampau.

ambil jubah tadi. UiTM dihatiku. jumpa geng sekejap. lepas tu jumpa mamat mata comel lama-lama.
oh, gembira. hehe.

balik ke Muo naik bas. sepatutnya perjalanan 2jam, jadi 4jam. hampeh.dot.com. temperature naik. air kering. bila sampai rumah, kepanasan dan kepenatan buat aku mandi lama-lama. bagi sejuk kepala otak. aku tak mahu sakit. nanti terpaksa guna ayat tajuk di atas. hehe. lepas mandi terus makan laju-laju. perut ni memang mengada-ngada.

moralnya, sebelum membawa kenderaan bagi jarak jauh atau dekat sekalipun, sila check kenderaan anda. baik atau tak conditionnya. hmm..


lalala... malu saya~

October 8, 2009

POLIS, sila ambil perhatian. timbang-rasa anda itu perlu. jangan tahu nak menyaman orang tanpa usul periksa, tanpa penelitian yang khusus!

balik dari sekolah tadi aku terus makan tengahari. ada mak kat rumah so balik-balik terus bley makan dengan senang hati. haha. mak cuti seminggu dari bekerja sebab nak teman adik aku yang PMR tu. biasa la mak aku tu, time kitorang adik beradik ni exam, memang dia amek cuti. puasa dan solat hajat. kitorang ni pulak yang tido memanjang. baca buku sket-sket. selak-selak buku nak sedapkan hati je la katakan.. hehe.

tapi orang dulu-dulu jugak pernah berperibahasa, ku sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. aku paksa mak aku teman gi town. nak gi bank. kononnya mahu bank-in duit. lepas tu nak ke KWSP sebab nak check my account. tapi tulaa.. malang memang tak berbau. pandai orang dulu-dulu buat peribahasa.. deposit cash machine tu jammed time aku dah masukkan duit dalam ruang yang disediakan tu. tak pasal-pasal aku kena isi borang report. esok baru bank kreditkan duit tu dalam account. nak gi KWSP pun dah tak sempat.

mak aku pulak, sambil tunggu aku selesaikan urusan, dia drive pusing-pusing roundabout and turned back. depan bank tu line kuning, tak bley parking la kan. ada polis jaga. mak aku berhenti kejap, nak tunggu aku masuk kereta ni. baru mak aku nak gerak jalan, polis tu tahan. kena saman. aiseh. apa ke bengapnya polis tu. tak pernah aku jumpa polis bengap macam tu tau. aku ingat nama dia dan nombor badan dia. xde timbang-rasa langsung. fikirkan, enjin kereta still running, mak aku tengah nak drive nak blah dari situ, dia bley pulak tahan mak aku and saman. memang salah mak aku berhenti kat line kuning, tapi tak sampai 2 minit pun, tak sampai 2 minit pun beb mak aku berhenti tu. kenapa kereta depan mak aku yang dah berlama-lamaan lepak kat situ tak kena saman? kurang-kurang ada 3 motor lepak kat line kuning tu pun tak kena saman. apesal macam tu? fikirkan lah. lagi pun tak logik la kan kalu depan bank tak bley berhenti kejap. tak logik, tak logik. 2 minit je beb, itu yang aku tak puas hati. bukannya mak aku tak mintak mahap dengan polis tu. aku rasa mak aku tu laa paling berbudi bahasa sekali. polis tu bley pulak buat muka sombong. pangkat tak tinggi jugak. berlagak lebih.

sudahnya, sepanjang perjalanan balik rumah aku kena dengar mak aku membebel pasal polis tu. bukannya senang nak tengok mak aku bengang-bengang beb. hajat hati nak singgah beli putu piring kat tepi jalan on the way balik pun berkubur dalam perut. hoh.




P/S : jangan kata aku benci polis pulak. tapi kadang-kadang ada sesetengahnya menyakitkan hati. orang berbudi kita berbahasa la kan.

lalala... malu saya bengang-bengang macam ni~

September 30, 2009

musim tergedik-gedik dah berlalu ke?

haih..

jari dah tak tergedik-gedik lagi bila pandang ruang "new post" ni. selalunya pantang online, mesti ada je isu nak post kat blog.

sikalang? haiya.. manyak susah l0.. wa tatak tau maa apa pasal jadi ini macam.. (silap slanga ni?) jari macam teragak-agak nak menaip tau. jari aku 'malu-malu'. mungkinkah? bila online, aku banyak lompat-lompat kat blog kawan-kawan. baca, lihat, dan menghayati cerita kamu. bila aku mahu menaip cerita sendiri, kaku. ahhh.. ini, entry ini, dari hati nurani ni tau. secara express.

situasi hilang arah ni jadi lepas cuti berblog masa sibuk beraya. jari ni kena dilatih kembali. practice makes perfect!


P/S : kadang-kadang mahu menaip SMS pada mamat mata comel pun penat. lebih prefer call dia terus. huhu. adakah jari ku x sihat? waaa... takutnya...! habis lah macam ni, title penaip terpantas mungkin kena tarik dari aku. hoh.


lalala... malu saya~

September 28, 2009

dah lama aku tak dapat nak feeling penuh bila nyanyi lagu "balik kampung"

masa kecik duduk kat Kluang every time nak raya mulalah mak aku sibuk kemas barang-barang nak bawak balik kampung. semua benda kalu bley nak dibawaknya. hehe. pulak tu naik kereta antik tau. Ford lama. entah macam-macam kereta mak bapak aku dulu. Nissan antik, Datsun antik pun ada. Datsun dah barai baru tukar Wira. tapi Datsun tu memang best. apa x bestnya, time ada bonggol kat jalan, semua yang duduk seat belakang kena turun kereta. takut jejak sebab Datsun tu mendak gila. haha. memang lawak bila teringat... eh, apa cerita pasal kereta pulak ni? sambung sambung cerita raya. heh.

x kira laa kampung Muo ke, atau Batu Pahat. setengah jam dalam kereta, nyanyi lagu "balik kampung" macam nak rak. sampai suara pun serak-serak. kering tekak. lepas setengah jam memekak, semua tido. tinggallah bapak aku sorang yang drive. hehe.

sekarang?

duduk pun area kampung. x feeling ah kalu nak nyanyi lagu "balik kampung" kan. baru nak intro "ho ho ho" dah sampai dah kat rumah atok. haha.

tapi balik Batu Pahat mungkin laa bley nyanyi. cuma xde feeling sangat dah. semua adik-beradik dah besor-besor. kereta pun kena ada dua. dah kena bahagi-bahagi pulak adik yang ini naik kereta ni, adik yang ini naik kereta ni. x best laa nak nyanyi kan bila x cukup korum. hehe.

kesimpulannya ye tuan-puan, tiada moralnya cerita ni. haha..



lalala... malu saya~

September 16, 2009

kami bukan budak moden yang tahu permainan PC segala bagai masa kecik-kecik dulu.


dulu masa kat Kluang aku duduk kat rumah teres biasa. kampung punya style. bilik ada tiga. salah satunya bilik aku, kongsi sama adik perempuan aku yang satu-satunya. ya, kami hanya berdua perempuan, lagi empat kaum adam. sangat *terejal mereka.

aku baik je kecik-kecik dulu. (statement ni memang sampai ke sudah xbley percaya. haha).

ok, ini cerita masa aku sekolah darjah-darjah lagi belum tingkatan-tingkatan.

entry sebelum ni aku ada sebut pasal permainan cari barang. jenis main manual punya. bukan macam kat laptop tu. menatang komputer pun xpernah nampak beb. macam biasa, adik-adik aku laa jadi mangsa tukang cari barang yang aku sorok. masa tu yang ikut aku main permainan ni, adik kembar aku dan adik perempuan aku. biasa main berempat sebab adik ke-lima masih baby, yang last pulak belum ada tanda-tanda nak lahir ke dunia.

cara permainan manual ni senang je. bilik aku jadi mangsa. aku kunci pintu, dalam masa 5 minit aku akan sorok barang tertentu yang telah kami persetujui bersama. tinggal xde tandatangan memorandum je. hehe. contohnya, sikat, botol bedak, hanger, dan banyak lagi benda untuk disorok di tempat-tempat yang aku rasa susah untuk ditemui.

kadang-kadang dalam sarung bantal, celah katil, celah baju yang berlipat, celah buku, banyak lagi tempat yang aku xkan nyatakan kat sini, takut-takut adik aku baca nanti dia xpuas hati sebab aku xpernah bagi tahu pun kat mana aku sorok barang tu kalu diorang xjumpa. haha. lagipun, aku rasa diorang dah xingat kot permainan ni sebab diorang kecik-kecik sangat lagi. jenis otak lum ada permanent storage masa tu. haha. aku lain. bab meniayakan orang ni aku ingat. hehehe.

kira sape antara mereka bertiga yang dapat cari paling banyak, menang laa.. ceh. betul-betul budak kecik. haha. kadang-kadang tukar sape tukang sorok dan tukang cari. tapi penghabisnya aku jugak yang jadi tukang sorok sebab diorang lembab gila nak sorokkan barang. aku bagi 5 minit, dibantainya macam 5 jam. hangin aku. tapi lagi hangin kalu dah lepas main semua xmahu kemas semula. bersepah gila. hmm..

alahai, zaman budak-budak memang best.

entry sebelum ini jugak aku ada mention pasal adik kembar aku kan? meh kita baca hukuman apa yang mereka pernah kena masa kecik-kecik dulu.

ada sekali tu, salah seorang daripada adik kembar aku tu main kat luar rumah. pukul 7 malam baru nampak muka. apa lagi bapak aku *sesah la dia. dah xpasal-pasal malam tu dia kena ikat kat pokok durian tepi rumah aku. dah la ada kerengga kat situ. kesian. 2 jam kena ikat baru bapak aku kasi masuk rumah. nasib baik bukan musim durian. kalu x, memang nasib malang la adik aku kepala ada lubang-lubang.

lepas-lepas tu, main kat luar rumah balik mesti pukul 6.30petang dan dah siap mandi bila bapak aku balik dari kerja. takut beb.. haha.

yang kembar lagi seorang pulak, pernah kena sumbat dalam guni dan bapak aku letak dalam mesin basuh. zaman dulu, mesin basuh tu nampak besar beb. mungkin sebab kitorang kecik? hehe. kalu sekarang, nak letak kaki pun lum tentu muat sebab panjang sangat la pulak. haha. x ingat la sebab apa dia kena hukuman macam tu yang pasti dia ada buat salah. kesian... hehehe..

ada lagi macam-macam hukuman yang kitorang pernah dapat. tapi lain kali aku citer lagi. sekarang mahu sambung menaip assignment Master Ji. huh, 3 buku beb.. 3 buku!!



*terejal = nakal sangat
*sesah = belasah

lalala.. malu saya~

September 14, 2009

hari ini punya cerita : pecah rumah. jatuh kat tengah rumah.

semalam aku gi bandor Muo. semata-mata nak cari kad raya. aku sibuk pilih kad raya, adik aku darjah lima tu sibuk main selotep yang besor-besor kat kedai buku tu jadi gelang tangan. haih. kamu tu laki, apa kes main gelang-gelang? main laa kawen-kawen ke, masak-masak ke. baru la hensem, gentleman serta romantik bila besor nanti.

eh, tu citer semalam. ter-eksiden pulak kat entry ni. xpelah, maafkan ye. hehe.

sambung citer hari nih.

bukan kes pecah rumah kena curi ke apa. ni pasal rumah aku dah kena pecah dinding sebab mahu pasang itu tingkap panjang punya. memang sesuai sangat ketinggian tingkap tu dengan ketinggian kami sekeluarga yang memang kategori 'giant'.

aku dah *ceger je mahu main lompat-lompat keluar tingkap xpayah lalu pintu. senang. pintu tu banyak cekadak dia, selak sana, kunci sini. siap ada besi sendal macam zaman dulu kala. apa kes? malas aku nak layan, banyak songeh. lalu tingkap je senang. kot. haha. meraban dah ni. jangan layan. bila jam dah tunjuk 2 pagi, biasanya neuron otak dah mula nangis-nangis mahu diganti tapi mata ni degil x mahu tido. memang nak kena babab.

tangga pulak dah 80% aku cat. 5 jam. cepat jugak aku sebagai amatur ni mengecat. nanti dah siap aku tayang le gambornya.

aku jatuh kat tengah rumah tadi. jatuh lembut-lembut. smooth je. terus aku duduk bersimpuh. ala-ala perempuan melayu ter-awal. atok aku kata kalu anak dara tak semena-mena jatuh kat tengah rumah maknanya tak lama lagi ada orang mahu masuk meminang. hoh, sepatutnya aku geleng kepala atau tunduk tawaduk sebagai menghormati puasa sebab xbley percaya karut-marut. tapi kali ni aku gelak-gelak sambil angguk kepala. bengong kot lepas jatuh slow motion tu?


*ceger = planning (peh, alih bahasa omputeh pulak ni?)


lalala... malu saya~

September 11, 2009

aku tak pernah tengok lalat berak. tapi kenapa pipi kanan aku ada tahi lalat? bila lalat tu hinggap? tepat di tengah-tengah pulak tu.


hahaha.. sambil-sambil aku celebrate kemenangan aku dalam contest kak cutemiut tadi dengan minum susu anlene perisa coklat, aku jalan-jalan sambil melompat-lompat ke blog-blog. (kira berapa banyak perkataan 'sambil' dalam ayat ni. haha. apa kes?). tiba kat satu blog ni, dia punya entry buat aku rasa terpanggil untuk mengada-ngada mencipta satu entry tentang isi kandungannya.

RAHSIA TAHI LALAT. memang aku pernah baca kat majalah pasal ni. entah x ingat majalah apa. yang pasti bukan Hai, URTV, Mangga, dan sebagainya. hehe.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Bibir atas kanan = Banyak rezeki, pandai
Bibir atas kiri = Ramai kawan, baik hati
Bibir bawah kanan = Disegani orang, ramai yang suka
Bibir bawah kiri = Pandai bicara, tak mudah kalah
Leher kanan = Cerdas, jujur, berani menderita
Leher kiri = Cerdas dalam segala hal dan banyak pengetahuan
Leher di tengah = Tercapai cita-cita
Biji mata kanan = Suka serong dan pembohong
Biji mata kiri = Pembohong tetapi baik hati
Hujung mata kanan = Baik hati, sopan santun, cerdas
Hujung mata kiri = Baik budi, murah rezeki
Punggung kanan = Agak mengalami kesulitan
Punggung kiri = Malas dan suka duduk
Betis kanan = Suka berhibur, boros
Betis kiri = Rajin, tidak suka menganggur
Lutut kanan = Bersikap tidak peduli dan tidak mahu berusaha
Lutut kiri = Kurang kuat berusaha
Kepala sebelah kanan = Terkabul cita-cita
Kepala sebelah kiri = Sering menemui kesusahan
Kepala sebelah belakang = Jujur, sabar dan tekun
Kening kanan = Cerdas dan cekap
Kening kiri = Cerdas dan sopan santun
Tengah kening = Keras hati dan berani segala hal
Hujung mulut kanan = Kecil rezeki, tak mudah kalah
Hujung mulut kiri = Suka berpoya-poya
Ketiak kanan = Dapat menyimpan rahsia
Ketiak kiri = Jujur, banyak yang cinta
Pergelangan kaki kanan = Suka keluar rumah
Pergelangan kaki kiri = Kehendak kuat
Batang hidung = Banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
Pada hidung = Banyak rezeki
Dagu bawah kanan = Jujur dan baik hati
Dagu bawah kiri = Bijaksana, dan berbudi luhur
Kemaluan kanan atau kiri = Baik, suka senggama
Di kepala kemaluan (lelaki) = Bakal beristeri dua
Tumit kanan = Jujur dan banyak kawan
Tumit kiri = Baik budi
Alis kanan = Suka menolong dan baik hati
Alis kiri = Ramai yang suka
Pangkal peha kanan = Kemahuan kuat
Pangkal peha kiri = Suka kerja apa pun
Telapak kaki kanan = Tak mudah mengeluh
Jari kaki kanan = Suka menolong
Jari kaki kiri = Berbudi, suka berbuat baik
Bahu kanan = Cermat dalam membuat keputusan, banyak tanggungan
Bahu kiri = Suka kerja keras, banyak tanggungjawab
Buah dada kanan = Baik hati, pendiam, simpan rahsia
Buah dada kiri = Ramai kawan, setia pada pasangan
Lengan kanan = Setia dan taat pada atasan
Lengan kiri = Menepati janji dan rajin
Pipi kanan = Ramai teman
Tengah-tengah pipi kanan = Ramai yang suka
Tengah-tengah pipi kiri = Ramai teman
Ubun-ubun = Kurang jujur
Pusat = Cerdas, tangkas, tekun
Pusat bahagian kanan = Sejahtera dalam hidup
Pusat bahagian kiri = Beroleh kemuliaan
Pinggang kanan = Sayang pada pasangan hidup
Pinggang kiri = Disayang pasangan hidup
Dada kanan = Dapat mengatasi masalah
Dada kiri = Berani, jujur dan sabar
Telapak kaki kanan = Tidak mudah mengeluh
Telapak kaki kiri = Baik budi pekertinya
Siku tangan kanan = Kuat ingin memiliki kejayaan
Siku tangan kiri = Baik hati, suka menolong
Jari tangan kanan = Serba beroleh keuntungan
Jari tangan kiri = Serba baik bekerja
Jari telapak tangan kanan = Banyak rezeki tetapi boros
Jari telapak tangan kiri = Banyak rezeki dan cermat
Pergelangan tangan kanan = Boros, suka bersukaria
Pergelangan tangan kiri = Dapat berpangkat
Perut bawah kanan = Banyak rezeki, suka memberi maaf
Perut bawah kiri = Baik hati, tenang hidupnya
Sudut mata kanan dalam = Disayang suami atau isteri
Sudut mata kiri dalam = Tidak mudah dilupakan pasangan
Sudut mata kanan luar = Baik budi, ramai yang cinta
Pelipis kiri = Murah rezeki, dapat jadi kaya
Pelipis kanan = Serba berhasil dalam usaha
Kelopak mata kanan atas = Baik hati, ramah, berjaya
Kelopak mata kiri atas = baik budi, ramai yang suka
Kelopak mata kanan bawah = Agak malas
Kelopak mata kiri bawah = Agak bodoh, kurang bijaksana

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

aku punya tahi lalat di bahu kanan, tengah pipi kanan, dan hujung mulut kiri. mungkin aku seorang yang cermat dalam membuat keputusan, banyak tanggungan serta disukai ramai tapi suka berpoya-poya? alamak. bab berpoya-poya tu jangan kamu tanya betul atau x ok? malu-malu nak jawab nanti. hehe.

hehe. tapi kadang-kadang xbley percaya jugak. x semestinya betul. ini cuma rahsia tahi lalat je. bukan fatwa tahi lalat. kan? haha.


lalala... malu saya~