Showing posts with label sekali teringat daa.... Show all posts
Showing posts with label sekali teringat daa.... Show all posts

February 19, 2016

Ohhhh WISHLIST??????

my wishlist in life ♥

Travel around the world.
Maintain healthy & increase fitness.
Jogging 15minutes a day

Own businesses.
A su
ccessful businesswoman, of course!
Avoid foe.Friends forever.
Be Edward Cullen's Leading Lady.
"In your dreams, Olin!" haha~
Be a good children and a good person.


Actually these were my wishlist since when tak ingat dah. TAPI still sama dari dulu sampai sekarang. 

Aku masih nak travel around the world.
Aku masih nak maintain sihat and fit.
Aku nak own bisnes.
Aku tak suka musuh (sape yang suka maknanya dot dot dot)
Aku memang masih kawan jer dengan semua kawan2 aku yang lama ke yang baru. FOREVER kata ko haa..
Hah jadi Edward Culler's Leading Lady ni berangannnn
And still kejar cita2 untuk jadi anak yang baik, orang yang baik dan berguna.

CUMA...............

Bab joging tu....... hahahahahahah tak relevan dah untuk aku niiii. joging kejar anak boleh laa (boleh tak kira tu sebagai 15minutes a day?????)

Blah lah Olin. Ko pakai Premium Beautiful sudeyyyyy. Duduk diam2, senyap2, pegun2 situ je. Bagi Premium Beautiful Korset tu yang buat kerja. Habis lahhh kau Olin. Lepas ni boleh tukar Tagline baru.

HEALTHY, BEAUTY, WEALTHY

Haa barulah kerlasssss

Sape nak free consultation free fitting boleh roger iols 0133907218. Ada PROMO BAIK punyaa.. 

Nah bagi sikit glimpse of luxurious Premium Beautiful Corset yang iols duk cerita2 sangat tu. Bagi korang meleleh air liur sampai lantai ehhh heheheh


Boleh masukkan Premium Beautiful ni dalam WISHLIST korang. Gituuuu... heheh

Hah? Apa? Tak boleh masuk wishlist sebab ko lelaki? Ehhh, ingat lelaki tak boleh pakai ker??? Boleh laaa, bukan korang lelaki je pakai, korang boleh hadiah ke isteri, mak, adik beradik, anak, kawan, dan sedara mara kalau nak. Kalau hadiah kat isteri ni, confirm malam ni dapat dah 2-3 round tanda terima kasih.. eh eh eh tak sensored pulakkkk hahahha abaikan maafkan sayaaaaa lalalalala~
 

November 19, 2009

3 tahun 3 bulan 3 hari.

wah baru perasan. hari ni dah 3 tahun 3 bulan 3 hari aku dengan mamat mata comel.

semoga berkekalan lah hendaknya. alhamdulillah..


lalala... malu saya~

September 16, 2009

kami bukan budak moden yang tahu permainan PC segala bagai masa kecik-kecik dulu.


dulu masa kat Kluang aku duduk kat rumah teres biasa. kampung punya style. bilik ada tiga. salah satunya bilik aku, kongsi sama adik perempuan aku yang satu-satunya. ya, kami hanya berdua perempuan, lagi empat kaum adam. sangat *terejal mereka.

aku baik je kecik-kecik dulu. (statement ni memang sampai ke sudah xbley percaya. haha).

ok, ini cerita masa aku sekolah darjah-darjah lagi belum tingkatan-tingkatan.

entry sebelum ni aku ada sebut pasal permainan cari barang. jenis main manual punya. bukan macam kat laptop tu. menatang komputer pun xpernah nampak beb. macam biasa, adik-adik aku laa jadi mangsa tukang cari barang yang aku sorok. masa tu yang ikut aku main permainan ni, adik kembar aku dan adik perempuan aku. biasa main berempat sebab adik ke-lima masih baby, yang last pulak belum ada tanda-tanda nak lahir ke dunia.

cara permainan manual ni senang je. bilik aku jadi mangsa. aku kunci pintu, dalam masa 5 minit aku akan sorok barang tertentu yang telah kami persetujui bersama. tinggal xde tandatangan memorandum je. hehe. contohnya, sikat, botol bedak, hanger, dan banyak lagi benda untuk disorok di tempat-tempat yang aku rasa susah untuk ditemui.

kadang-kadang dalam sarung bantal, celah katil, celah baju yang berlipat, celah buku, banyak lagi tempat yang aku xkan nyatakan kat sini, takut-takut adik aku baca nanti dia xpuas hati sebab aku xpernah bagi tahu pun kat mana aku sorok barang tu kalu diorang xjumpa. haha. lagipun, aku rasa diorang dah xingat kot permainan ni sebab diorang kecik-kecik sangat lagi. jenis otak lum ada permanent storage masa tu. haha. aku lain. bab meniayakan orang ni aku ingat. hehehe.

kira sape antara mereka bertiga yang dapat cari paling banyak, menang laa.. ceh. betul-betul budak kecik. haha. kadang-kadang tukar sape tukang sorok dan tukang cari. tapi penghabisnya aku jugak yang jadi tukang sorok sebab diorang lembab gila nak sorokkan barang. aku bagi 5 minit, dibantainya macam 5 jam. hangin aku. tapi lagi hangin kalu dah lepas main semua xmahu kemas semula. bersepah gila. hmm..

alahai, zaman budak-budak memang best.

entry sebelum ini jugak aku ada mention pasal adik kembar aku kan? meh kita baca hukuman apa yang mereka pernah kena masa kecik-kecik dulu.

ada sekali tu, salah seorang daripada adik kembar aku tu main kat luar rumah. pukul 7 malam baru nampak muka. apa lagi bapak aku *sesah la dia. dah xpasal-pasal malam tu dia kena ikat kat pokok durian tepi rumah aku. dah la ada kerengga kat situ. kesian. 2 jam kena ikat baru bapak aku kasi masuk rumah. nasib baik bukan musim durian. kalu x, memang nasib malang la adik aku kepala ada lubang-lubang.

lepas-lepas tu, main kat luar rumah balik mesti pukul 6.30petang dan dah siap mandi bila bapak aku balik dari kerja. takut beb.. haha.

yang kembar lagi seorang pulak, pernah kena sumbat dalam guni dan bapak aku letak dalam mesin basuh. zaman dulu, mesin basuh tu nampak besar beb. mungkin sebab kitorang kecik? hehe. kalu sekarang, nak letak kaki pun lum tentu muat sebab panjang sangat la pulak. haha. x ingat la sebab apa dia kena hukuman macam tu yang pasti dia ada buat salah. kesian... hehehe..

ada lagi macam-macam hukuman yang kitorang pernah dapat. tapi lain kali aku citer lagi. sekarang mahu sambung menaip assignment Master Ji. huh, 3 buku beb.. 3 buku!!



*terejal = nakal sangat
*sesah = belasah

lalala.. malu saya~

September 8, 2009

alamak abah punya birthday dah terlepas laa!!


tajuk kat atas tu gimik je. haha.

dah wish kat abah dah. cuma lupa pulak mau post entry tentangnya.

4 sept is my abah's birthday.


may Allah bless you abah.

nah, kari ayam untuk berbuka. hadiah hari lahir abah. haha.

memang anak yang hampeh betul. hehe.


lalala... malu saya~

August 29, 2009

bila rindu buat apa? (soalan selalu ditanya oleh mamat mata comel tapi tak pernah dijawab dengan serius)

kali nih aku jawab serius.




mengelamun.


kadang-kadang bila orang panggil pun x perasan sebab sibuk mengelamun.


bila dah perasan orang panggil, *lampi pulak. terpinga-pinga.


kadang-kadang tuh senyum sorang-sorang.


lagi haru, dengar lagu jiwang-jiwang. nak menyanyi kuat-kuat *segan dan *segan. tambah-tambah bulan puasa. nanti orang ingat x puasa pulak nyanyi kuat-kuat.


mula bukak album gambar. tengok macam nak tersembul biji mata sambil tangkap feeling tersengih-sengih.


apa lagi ye?


kamu laa tambahkan..





lalala.. malu saya~


*lampi=short-form bagi lambat pick-up
*segan=selatan kata segan ni malu
*segan=utara kata segan ni malas

July 27, 2009

ada lagu yang kena mengena dengan aku. kamuuu?


Bersama Semula

by ACAB


Terkenang...
Terbayang...
Tak dapat ku lupakan...
Tapi sayang semuanya tinggal kenangan....

Teman ku...
Kekasih ku....
Ku ingin seperti dulu...
Bersama, menjelajah dunia....

Kekuatan...
Kebanggaan....
Bebas dan terus berjalan....
Kenangan, tak mungkin ku lupakan....

Ku harap...
Teman semua...
Dapat bersama semula...
Perjuangan, kita masih belum pudar.....

Kemananya......
Teman setia....
Perjuangan.....
Ku ingin kau semua bersama semula....

Kemananya......
Teman setia....
Perjuangan.....
Ku ingin kau semua

Kemananya......
Teman setia....
Perjuangan.....
Ku ingin kau semua bersama semula....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

lagu nih buat aku mengenang kembali kisah2 lama. rinduuuuuuu~


lalala... kalu mau lagu nih, click saje kat tajuk ituuu~