May 28, 2009

cabul. bukan cabul mulut.

Pelajar UiTM tangguh pengajian trauma dicabul.

SHAH ALAM: Seorang pelajar perempuan trauma sehingga terpaksa menangguhkan pembelajaran untuk sementara selepas mendakwa seorang lelaki cuba merogolnya ketika dalam bilik mandi sebuah asrama di Universiti Teknologi Mara (UiTM), November lalu. Malah, pelajar tahun dua kursus Pengurusan Hotel dan Pelancongan itu dikatakan terpaksa mendapatkan rawatan dari pakar psikiatri kerana terganggu dengan kejadian itu. Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi, 28 November lalu, pelajar berkenaan mendakwa cuba dirogol seorang lelaki berbogel ketika mandi di tingkat dua Asrama Seroja iaitu asrama yang dikhaskan untuk pelajar perempuan.

Mengikut laporan polis yang dibuat mangsa selepas kejadian, suspek meniru suara perempuan dan menyuruh mangsa membuka pintu bilik mandi. Bagaimanapun, keengganan mangsa berbuat demikian memaksa suspek menendang pintu menyebabkannya terjatuh dalam keadaan bogel sebelum diterkam suspek. Mangsa berumur 21 tahun itu mendakwa, suspek sempat memasukkan jari ke dalam kemaluannya menyebabkan dia menjerit dan meronta untuk melepaskan diri.

Laporan lebih lanjut di sini.
Laporan saya di bawah,
"Cuak aku. harap2 dapat selesai cepat la kes2 camni. zaman skrg susah nak jangka. mak aku citer masa zaman dia dolu xkesah pun pakai skirt pendek2, jalan sorang2 tengah malam. orang dolu xde yg kuar malam kot? hantu je jalan malam2. skrg? nak pakai camtu & kuar malam2 jalan sorang2? mengundang mara bahaya. sana sini citer jenayah. nyawa & maruah macam kat hujung tanduk. siang hari pun ada orang kena rogol, ada orang kena cabul, ada orang kena rompak, ada orang kena bunuh. apetah lagi malam hari, subuh hari serta maghrib. hmm.. apa nak jadi ni malaysia?"
Harapan: bantulah polis menyelesaikan jenayah. jangan tambah beban negara kita yg tercinta nih dengan membuat onar yg menconteng arang ke muka mak bapak. sila ambil pengajaran dari apa yg telah berlaku. yg baik jadikan pedoman, yg buruk jadikan sempadan. alamak. banyakla pulak harapan aku. sudah. jangan paksa diri memberi harapan. takut diri kecewa kemudian hari (dah lari tajuk dah nih). tambah sket lagi, jangan pinjam duit dari ahlong. sila ikuti pengajarannya di sini.
tata.
lalalala... malu saya~

6 comments:

mosazu said...

pinjam duit dgn olin xde hal..mari rmai-rmai..hahah! cabul?pkai otak kepala lutut r tuh..kawen r beb..sanggap tol..hish!budus!

cujern said...

pinjam duit ko boleh??
hehehe

Tirana said...

Ish..takutnya dengar...Olin jaga diri baik2 ye

~Cinta Cukulet~ said...

aduhh..dunia dah tak selamat...even kat dalam rumah sendiri pun huhu

Unknown said...

mosazu,
xde wet!

cujen,
ko keja kan? aku study kan? nampak relevannya x? haha~

kak tirana,
utk keselamatan diri, olin jadi jaga~

cc,
tau xpe.. ape nk jadi ngn dunia skrg..isk3~

DoN said...

citer penyambungnya... bdak yg hampir dirogol tue... kna saman ngan UiTM sndiri.. baca surat khabar online sinar harian