September 11, 2009

aku tak pernah tengok lalat berak. tapi kenapa pipi kanan aku ada tahi lalat? bila lalat tu hinggap? tepat di tengah-tengah pulak tu.


hahaha.. sambil-sambil aku celebrate kemenangan aku dalam contest kak cutemiut tadi dengan minum susu anlene perisa coklat, aku jalan-jalan sambil melompat-lompat ke blog-blog. (kira berapa banyak perkataan 'sambil' dalam ayat ni. haha. apa kes?). tiba kat satu blog ni, dia punya entry buat aku rasa terpanggil untuk mengada-ngada mencipta satu entry tentang isi kandungannya.

RAHSIA TAHI LALAT. memang aku pernah baca kat majalah pasal ni. entah x ingat majalah apa. yang pasti bukan Hai, URTV, Mangga, dan sebagainya. hehe.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Bibir atas kanan = Banyak rezeki, pandai
Bibir atas kiri = Ramai kawan, baik hati
Bibir bawah kanan = Disegani orang, ramai yang suka
Bibir bawah kiri = Pandai bicara, tak mudah kalah
Leher kanan = Cerdas, jujur, berani menderita
Leher kiri = Cerdas dalam segala hal dan banyak pengetahuan
Leher di tengah = Tercapai cita-cita
Biji mata kanan = Suka serong dan pembohong
Biji mata kiri = Pembohong tetapi baik hati
Hujung mata kanan = Baik hati, sopan santun, cerdas
Hujung mata kiri = Baik budi, murah rezeki
Punggung kanan = Agak mengalami kesulitan
Punggung kiri = Malas dan suka duduk
Betis kanan = Suka berhibur, boros
Betis kiri = Rajin, tidak suka menganggur
Lutut kanan = Bersikap tidak peduli dan tidak mahu berusaha
Lutut kiri = Kurang kuat berusaha
Kepala sebelah kanan = Terkabul cita-cita
Kepala sebelah kiri = Sering menemui kesusahan
Kepala sebelah belakang = Jujur, sabar dan tekun
Kening kanan = Cerdas dan cekap
Kening kiri = Cerdas dan sopan santun
Tengah kening = Keras hati dan berani segala hal
Hujung mulut kanan = Kecil rezeki, tak mudah kalah
Hujung mulut kiri = Suka berpoya-poya
Ketiak kanan = Dapat menyimpan rahsia
Ketiak kiri = Jujur, banyak yang cinta
Pergelangan kaki kanan = Suka keluar rumah
Pergelangan kaki kiri = Kehendak kuat
Batang hidung = Banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
Pada hidung = Banyak rezeki
Dagu bawah kanan = Jujur dan baik hati
Dagu bawah kiri = Bijaksana, dan berbudi luhur
Kemaluan kanan atau kiri = Baik, suka senggama
Di kepala kemaluan (lelaki) = Bakal beristeri dua
Tumit kanan = Jujur dan banyak kawan
Tumit kiri = Baik budi
Alis kanan = Suka menolong dan baik hati
Alis kiri = Ramai yang suka
Pangkal peha kanan = Kemahuan kuat
Pangkal peha kiri = Suka kerja apa pun
Telapak kaki kanan = Tak mudah mengeluh
Jari kaki kanan = Suka menolong
Jari kaki kiri = Berbudi, suka berbuat baik
Bahu kanan = Cermat dalam membuat keputusan, banyak tanggungan
Bahu kiri = Suka kerja keras, banyak tanggungjawab
Buah dada kanan = Baik hati, pendiam, simpan rahsia
Buah dada kiri = Ramai kawan, setia pada pasangan
Lengan kanan = Setia dan taat pada atasan
Lengan kiri = Menepati janji dan rajin
Pipi kanan = Ramai teman
Tengah-tengah pipi kanan = Ramai yang suka
Tengah-tengah pipi kiri = Ramai teman
Ubun-ubun = Kurang jujur
Pusat = Cerdas, tangkas, tekun
Pusat bahagian kanan = Sejahtera dalam hidup
Pusat bahagian kiri = Beroleh kemuliaan
Pinggang kanan = Sayang pada pasangan hidup
Pinggang kiri = Disayang pasangan hidup
Dada kanan = Dapat mengatasi masalah
Dada kiri = Berani, jujur dan sabar
Telapak kaki kanan = Tidak mudah mengeluh
Telapak kaki kiri = Baik budi pekertinya
Siku tangan kanan = Kuat ingin memiliki kejayaan
Siku tangan kiri = Baik hati, suka menolong
Jari tangan kanan = Serba beroleh keuntungan
Jari tangan kiri = Serba baik bekerja
Jari telapak tangan kanan = Banyak rezeki tetapi boros
Jari telapak tangan kiri = Banyak rezeki dan cermat
Pergelangan tangan kanan = Boros, suka bersukaria
Pergelangan tangan kiri = Dapat berpangkat
Perut bawah kanan = Banyak rezeki, suka memberi maaf
Perut bawah kiri = Baik hati, tenang hidupnya
Sudut mata kanan dalam = Disayang suami atau isteri
Sudut mata kiri dalam = Tidak mudah dilupakan pasangan
Sudut mata kanan luar = Baik budi, ramai yang cinta
Pelipis kiri = Murah rezeki, dapat jadi kaya
Pelipis kanan = Serba berhasil dalam usaha
Kelopak mata kanan atas = Baik hati, ramah, berjaya
Kelopak mata kiri atas = baik budi, ramai yang suka
Kelopak mata kanan bawah = Agak malas
Kelopak mata kiri bawah = Agak bodoh, kurang bijaksana

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

aku punya tahi lalat di bahu kanan, tengah pipi kanan, dan hujung mulut kiri. mungkin aku seorang yang cermat dalam membuat keputusan, banyak tanggungan serta disukai ramai tapi suka berpoya-poya? alamak. bab berpoya-poya tu jangan kamu tanya betul atau x ok? malu-malu nak jawab nanti. hehe.

hehe. tapi kadang-kadang xbley percaya jugak. x semestinya betul. ini cuma rahsia tahi lalat je. bukan fatwa tahi lalat. kan? haha.


lalala... malu saya~

8 comments:

En. Bilik Sebelah said...

leh caya ke firasat ni olin?? err.. lalat tu hinggap time kamu tidur.. mana perasan.. hehe..

Unknown said...

en. BS,
ehh.. mana kamu tahu? heheh~

messyremo said...

aku jari manis tgn kiri..
ape rahsia die?hehe

Unknown said...

messyremo,
serba baik bekerja kot?

cujern said...

weh, apsal taik lalat ko same ngan aku ha?? bahu kanan dan hujung mulut kiri... adakah kau dan aku mempunyai takdir yang sama..wahahhahaha....

Unknown said...

cujen,
hahah.. agak ko ada taik lalat sama ngn aku~ baru tahu. ok raya kang kita check mana lagi tempat yg taik lalat sama. hahaha~

CuTeMiUt78 said...

yup..betul..betul.. kadang2 benda2 cam ni tak blh nak caya sgt kan

Unknown said...

kak cutemiut,
haah.. banyak lagi aspek lain yang kena diambil kira. xsemestinya tahi lalat kan.. jangan tilik tangan sudey~