September 15, 2009

aku tengah tolong Master Ji menaip kerjanya. tapi menda ni buat aku tak senang duduk. nak sangat tahu rahsia aku. apa kes?


tiba-tiba kena tag dari mr.BS (biliksebelah punya taiko). memang siut. dia nak aku kasi pecah aku punya rahsia. meh la kita tengok apa menda yang dia nak tahu sangat tu?


1. Apakah yang anda lakukan 30 minit yang lalu?

menaip beberapa petikan dan ulasan Merpati Putih Terbang Lagi karya Khadijah Hashim. aku bukan plagiat.

2. 2 jam yang lalu?

tengok tv sambil melayan adik sepupu umur entah berapa bulan. dia nak main suratkhabar sangat, aku bedung tangan dia dengan suratkhabar tu. dia melawan. aku letak suratkhabar kat belakang baju comel dia, buat macam superman. xsempat nak amek gambar, dia dah nangis. kalu x, dah bley tunjuk kat sini. comel betul. meniayakan budak. haha..

3. Minggu lepas?

macam biasa menjadi bibik kepada dua buah rumah. satu bergaji dan satu x bergaji.

4. Tiga lagu yang anda boleh dengar berulang kali?

happy birthday, allah selamatkan kamu dan selamat hari lahir.

5. 3 binatang yang anda tidak suka?

kumbang badak, kumbang taik, harimau kumbang. pendek kata, segala jenis kumbang. ladybird je aku suka. haha.

6. 5 fakta tentang anda?

tinggi, tinggi, tinggi, tinggi, comel. ok, comel tu bukan fakta. haha. fakta ke-lima ialah cute. haha..

7. Tahun depan mungkin anda…?

kerja sambil belajar.

8. Saya tak reti sangat?

tido petang.

9. Saya pandai..?

membaca, menulis dan mengeja. 3M. lengkap. haha. ohh, mungkin tambah beberapa lagi. misalnya memanggil orang dengan suara yang nyaring, memandu dengan pemanduan tiada berhemat, memasak spagheti masala dengan resipi rahsia.

10. Kawan saya…

perempuan, lelaki, dan tomboy. gay je yang xde lagi. mungkin xmahu mengaku pada aku? hehe.

11. Saya ada…

mak yang tinggi, abah yang kureng tinggi sket, adik beradik yang tinggi xhingat, serta mamat mata comel yang pendek. haha. marah dia nanti bila baca ni. ok, mamat mata comel yang comel-comel saje. hahaha..

12. Saya seorang yang sangat ganas..

di ranj.. err.. salah paham soklan. hehe. aku ganas bila aku nampak kumbang nak hinggap kat aku. mesti aku akan ganas sampai melarikan diri dengan kadar kelajuan maksima. watson nyambek pun kalah. haha.

13. Adik saya..

ada 5 orang.

dan bawah aku ada kembar (ngada-ngada mahu mention jugak apa kes?)

14. Saya tak pernah bosan dengan (senaraikan 3)

mamat mata comel, baca buku dan main game cari barang (nanti aku citer kat entry lain).

15. Bilakah kali pertama bercinta?

form 3 dengan mamat mata syahdu.

16. Perkara yang orang tak percaya tentang anda..?

terlalu comel. hoh, aku nampak ada orang geleng kepala dengan derasnya.

17. Saya rindu..?

mamat mata comel. rasa mahu terbang ke kayangan berjumpa dia sambil memadu cinta di atas awan yang biru bersaksikan pelangi nan indah. (apa aku jiwang tengah-tengah malam nih? mamai ke apa?)

18. Saya tak sabar..?

orang buat kerja lembab dan sambil lewa bila aku nak kerja tu disiapkan dengan cepat segera.

19. 5 laman yang anda selalu layari..?

blog aku, blog yang aku follow dan link, facebook, thestaronline, dan mysoju.

20. Anda mahu tag?

korang kasi pecah rahsia korang tau!

ayinn

airland

don

sasha lee

husna


12 comments:

KONCO BLOGGY! said...

nape perlu tahu rahsia orang?? hahaha

Unknown said...

m.yazid,
hehe...gurau2 je tu~

selamat datang~

Unknown said...

aku baru perasan, jawapan no 17 aku tulis awan yang biru?

awan warna putih laa.. sejak bila aku buta warna? haha~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

kem salam adik kembarmu~

hahaha~

messyremo said...

kumbang?

adess...

eh,kumbang badak tu menatang aper?haha

En. Bilik Sebelah said...

Ahaks... Sapa mamat mata comel tuh??? haha...

Kasi pecah rahsia habis2an.. hehe..

Unknown said...

zara,
nakal kamu ya~

hehehe..

Unknown said...

messyremo,
kumbang badak tu kumbang yang besar warna hitam tapi xde tanduk. hehe. kalu ada tanduk tu kumbang taik kot. haha~

Unknown said...

en.BS,
mamat mata comel will remain as secret.. hehe.. tunggu satu masa nanti, atau bila aku dah nak kawen baru aku announce. hahaha~

Razman said...

kalau kembarmu perempuan, kenalkan padaku..jika lelaki, kenalkan dirimu..=P

Unknown said...

razman,
aku tiada kembar. cuma ada 2adik kembar. dua2 lelaki.

nama saya olin. awak?

hahaha~

ayinn said...

uikk,.. unni olinnnn,...
sy di tagggg,.. tidak!!!!!!!!!
wakaka,.. sat g sy buat keyh,..
rahsia tetap rahsia,.. hahahaha