September 14, 2009

hari ini punya cerita : pecah rumah. jatuh kat tengah rumah.

semalam aku gi bandor Muo. semata-mata nak cari kad raya. aku sibuk pilih kad raya, adik aku darjah lima tu sibuk main selotep yang besor-besor kat kedai buku tu jadi gelang tangan. haih. kamu tu laki, apa kes main gelang-gelang? main laa kawen-kawen ke, masak-masak ke. baru la hensem, gentleman serta romantik bila besor nanti.

eh, tu citer semalam. ter-eksiden pulak kat entry ni. xpelah, maafkan ye. hehe.

sambung citer hari nih.

bukan kes pecah rumah kena curi ke apa. ni pasal rumah aku dah kena pecah dinding sebab mahu pasang itu tingkap panjang punya. memang sesuai sangat ketinggian tingkap tu dengan ketinggian kami sekeluarga yang memang kategori 'giant'.

aku dah *ceger je mahu main lompat-lompat keluar tingkap xpayah lalu pintu. senang. pintu tu banyak cekadak dia, selak sana, kunci sini. siap ada besi sendal macam zaman dulu kala. apa kes? malas aku nak layan, banyak songeh. lalu tingkap je senang. kot. haha. meraban dah ni. jangan layan. bila jam dah tunjuk 2 pagi, biasanya neuron otak dah mula nangis-nangis mahu diganti tapi mata ni degil x mahu tido. memang nak kena babab.

tangga pulak dah 80% aku cat. 5 jam. cepat jugak aku sebagai amatur ni mengecat. nanti dah siap aku tayang le gambornya.

aku jatuh kat tengah rumah tadi. jatuh lembut-lembut. smooth je. terus aku duduk bersimpuh. ala-ala perempuan melayu ter-awal. atok aku kata kalu anak dara tak semena-mena jatuh kat tengah rumah maknanya tak lama lagi ada orang mahu masuk meminang. hoh, sepatutnya aku geleng kepala atau tunduk tawaduk sebagai menghormati puasa sebab xbley percaya karut-marut. tapi kali ni aku gelak-gelak sambil angguk kepala. bengong kot lepas jatuh slow motion tu?


*ceger = planning (peh, alih bahasa omputeh pulak ni?)


lalala... malu saya~

18 comments:

CAHAYA said...

wah, mantap persiapan raya kamu. sempat lagi ke hantar kad raya? ke hantar pakai by hand je?

selamat mengecat lagi 20%! dan Salam Aidilfitri.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

hahaha~

aduyai~

mamat mata lembut ke?

Unknown said...

cahaya,
hehe.. selamat hari raya jugak~

Unknown said...

cahaya,
hantar pos la sayang, traditional way~

zara,
hahaha.. mana datang mamat mata lembut? marah mamat mata comel nanti~

CuTeMiUt78 said...

wah... sakan la raya thn ni.. hadiah dah pos tau.. nantikan depan pintu yo..

En. Bilik Sebelah said...

hahahaha... mcm mana leh jatuh tangga... huhu...

SELAMAT HARI RAYA.. jangan lupa hantar kat raya pada saya! hehehehe..

Aisyah said...

hahah..betul ke atok kamu nih..haha

Kapten Luffy said...

otak dah tak betul tu

Anonymous said...

kalau aku jatuh.. maknenyer ader awek nak masuk minang ker??

messyremo said...

eceh..

aku igt kene rompak tadik..

bikin saspen ajer~~

Unknown said...

kak cutemiut,
hehe.. raya pertama kat rumah baru la katakan. maceh kak~

Tirana said...

Mudah-mudahan masin mulut atok olin tu..agaknya lepas raya ada orang akan datang meminang..hehehe

Unknown said...

BS,
salam lebaran jugak. alamat?

Unknown said...

i sya,
haha.. kena intebiu atok aku dulu la~

Unknown said...

luffy,
haha.. mungkin~

Unknown said...

airland,
haha.. kamu jatuh lembut-lembut? auwww~

Unknown said...

messyremo,
kamu tertipu.. haha~

Unknown said...

kak tirana,
aaaaa.. takut~