October 5, 2009

kaki dan pinggang mula menari-nari. nasib baik tak berdengkot-dengkot.

haha. gimik je lebih tajuk kat atas tuh. bila masa pulak nak menari. banyak berjalan sebenarnya. pergi openhouse kakak tukang urut yang baru aku kenal masa datang rumahnya selepas habis masa sekolah tadi. makan tengahari. openhouse untuk guru-guru sekolah tempat aku mengajar sahaja. seronok jadi cikgu ni beb.

lepas tuh, balik rumah dan mandi. bacin rasanya. panas sungguh hari ni tau. habis mekap i~

pukul 3petang, bergegas siap-siap nak gi klinik kesihatan menemani salah seorang guru yang aku anggap sebagai kakak. dia pregnant 4 bulan dan mahu check tekanan darah. kejap je, usai check tekanan darah, terus ke rumah guru yang tempatnya aku ganti kerana dia bersalin. bersalin anak ok, bukan bersalin baju. borak punya borak sudah pukul 5.30petang. baru kenal tapi borak macam dah kenal bertahun-tahun. itu aku. kalu sesiapa yang kenal rapat sudah tahu cara aku tu. hehe. tapi kalu xkenal rapat, mungkin akan kata aku sombong. muka garang kot? jangan takut, aku bukan kanibal. hehe.

"never say 'NO' to any job they give" memang aku cuba praktikkan dan biasakan diri. sama ada kerja tu aku pernah buat atau tidak, belakang kira. yang penting aku ada masa dan aku akan buat sehabis baik. tanya saja kalu xfaham. kalu mulut berat nak bertanya, sampai bila pun xfaham dan xreti pape. huhu.

paling menyampah kalu ada orang bila kita suruh buat sesuatu kerja dia kata xtahu. belum cuba sudah kata xtahu buat. dan xnak belajar buat. macam mana nak maju? cet, dasar malas.

uikss.. terlebih sudaa.. hehe.

balik dari beraya di rumah guru tersebut, aku pergi melaka. astana moda. mencari kain untuk buat baju konvo. ya, konvo aku 18hb ini. doakan aku tak tersadung karpet atau terpijak kain sendiri masa berjalan penuh gaya macam artis Wardina kat atas stage untuk menerima ijazahku nanti ya.

ni sambil aku online sambil menanda buku latihan maths year 3. mamat mata comel bantu aku cari softcopy latihan dan soalan maths year 3 dari internet. esok start revision sebab aku dah habis ajar semua topics maths tuh. lega dah rasanya. tinggal bahasa malaysia tahun 4 belum habis silibus lagi.

P/S : ulasan summary entry semalam aku xlarat nak buat sekarang. rasanya korang pun xnak baca kan? (gaya mengelak) hehe..


lalala.. malu saya~

8 comments:

Tirana said...

Sakannya olin..tak habis lagi ke open house..hehehe.. Sempat ke nak jahit baju untuk konvo tu?

Anonymous said...

"never say 'NO' to any job they give" 2 sama ker ngan "NO to says NO"??

messyremo said...

wewittt..

aku nk tgk artis bak gaya wardina tu..hehe

selamat berkonvo~

Unknown said...

kak tirana,
sakan raya tahun ni.. hehe.. sempat je nak jahit baju tuh. tempah je~

Unknown said...

airland,
never say No = takkan berkata Tidak.

huhu..

Unknown said...

messyremo,
hehe. maceh~

tinta kasturi said...

selamat berkonvo..

kongretulesyen

:)

Unknown said...

tinta kasturi,
maceh~

maceh~