November 3, 2009

DCYKS (Doktor Cinta Yang Ku Sayangi)

selamat petang Malaysia!
saya Olin de Jang akan menemani anda untuk sesi 5 minit bersama Doktor Cinta ya!

(pe hal tiba-tiba Doktor Cinta nih? mabuk?)

aku tahu dulu aku pernah keluarkan statement pasal cinta. siapa yang ikut aku dari awal pasti tahu itu.

aku pernah cakap aku taknak post entry pasal cinta.

tapi aku jugak pernah kata bila aku dah bersedia baru aku post entry pasal cinta bukan?

jadi kali ni aku mahu cerita pasal DCYKS (Doktor Cinta Yang Ku Sayangi). siapa? hehe.. mamat mata comel.

aku tak tahu macam mana mahu zahirkan cinta. memang susah nak dengar aku cakap "aku sayang kamu". tapi perasaan itu ada. tanggungjawab itu ada. ambil berat itu ada. jadi kamu, mamat mata comel, sila fahami aku yang memerlukan kamu sebagai Doktor Cinta ku. kamu selalu ucapkan "aku sayang kamu", tapi aku selalu senyum sahaja sebagai balasan (dan kadang-kadang cubitan manja hinggap di lenganmu). aku tahu aku mudah berborak dengan kamu, tapi bila kamu sebut sayang dan cinta, aku jadi kelu. lidah ini ngada-ngada mahu berat-berat macam batu tak mahu berkata-kata. ni bukan kepala batu ya, tapi lidah batu. (simpulan bahasa baru? sila check kamus simpulan bahasa melayu ya. mesti tak jumpa. haha)

aku mahu kamu mengerti wahai DCYKS. dan aku akan selalu cuba menerima kamu seadanya seperti mana kamu menerima aku.

lalala... malu saya~

1 comment:

hisham said...

hye salam jengah..nice blog...kite tkr link k..