August 14, 2009

kain selendang Cik Noni. part II

"Hah, kamu berhenti kat depan tuu je Leman. Aku boleh jalan kaki je dari simpang empat tu."

"Eh, takpe laa Cik Noni. Saya hantar sampai ke dalam. Bukan jauh pun nak simpang antara kebun Pak Alang dengan rumah dia tu." jawab Leman, mula merencana sesuatu. Sudah lama rancangan itu tersimpan di benak fikirannya. Baru hari ini dapat peluang.

Leman tidak membelok ke arah rumah Pak Alang. Tapi ke kebun Pak Alang.

"Eh, kamu belok sini nak buat apa Leman?" Leman tak menjawab. Cik Noni mula cemas. Tapi tak ditunjukkan perasaannya itu pada Leman. Mahu buat-buat berani. Ah, mungkin Leman ada hal agaknya, dapat tumpang kereta dia ni pun dah cukup baik, getus hati Cik Noni.

Kebun Pak Alang memang luas. Banyak pokok-pokok buah yang merimbun.

Tiba-tiba, Leman memberhentikan keretanya secara mengejut apabila tiba di sebuah pondok di tengah kebun. Mungkin pondok tunggu durian agaknya, bisik hati Cik Noni.

"Saya hantar Cik Noni sampai kat sini je. Lagipun saya joint-venture dengan Pak Alang nak buat kenduri kat sini. Kat pondok nih." Leman tiba-tiba bersuara. Lemak merdu.

"Kenduri kat sini ke? Bukan kat rumahnya?" Pelik. Apa buatnya kenduri kat sini?

"Haah. Nak kenduri kan Cik Noni. Hahahaha!" Gelak Leman berdekah-dekah. Naik seram Cik Noni.

O0h.. Dia belum tahu siapa Cik Noni lagi! bentak Cik Noni dalam hati.

Bersambung..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


P/S : siapa Cik Noni yang sebenarnya?

mau ikut citer nih dari awal? klik di sini.


lalala... malu saya~