"Mana Pak Alang nya? Kata nak kenduri sekali kat pondok nih?" tanya Cik Noni pada Leman bersahaja.
Leman pandang Cik Noni. Pelik juga kenapa Cik Noni tak takut langsung dengar dia ketawa tadi. Penat aku ketawa kuat-kuat macam hantu, dia tak takut pulak, getus Leman dalam hati.
Cik Noni tenang-tenang je. Selendang pelangi dah terlurut ke bawah, menampakkan rambutnya yang ikal mayang. Leman makin kecur liur. Pasal joint-venture dengan Pak Alang tu cuma tipu je, saje sedapkan cerita. Yang pasti, sekarang-sekarang ni jugak Leman nak kerjakan Cik Noni.
Cik Noni bukan tak perasan perangai Leman sudah lain macam. Tapi dia saje mahu tengok apa yang Leman boleh buat.
Leman dah start. Tangan dah merayap-rayap. Cik Noni biarkan je dulu. Mahu tengok sejauh mana Leman boleh pergi. Sampai satu tahap, Cik Noni sudah tak boleh sabar lagi.
"Kau ingat aku nih sape hah?" Bentak Cik Noni, "Main raba-raba pulak? Nah, Hikmat Selendang Pelangi Tujuh!!!!"
Leman terpelanting keluar dari kereta. Habis pecah cermin kereta Ford kesayangan Leman tu. Terkejut Leman. Sakit sungguh badannya. Tak sangka pulak Cik Noni ni ada hikmat-hikmat.
"Cik Noni, tolong lah jangan apa-apa kan saya, tolonglah!" Leman pura-pura cuak.
"Bajet aku tak tahu? Buat-buat takut konon.. Kau tak kenal lagi aku sape!"
"Kau sape?!"
"Aku lah Tuan Puteri Selendang Pelangi!"
"Tapi kau kan Cik Noni? Kau tipu nih. Hahaha..." Leman memang tak boleh nak percaya apa yang dia dengar. Aku pun tak percaya.
"Aku tak tipu. Aku dah lama hidup sejak dari zaman Melaka lagi. Sebelum nenek kau lahir aku sudah ada. Kau nampak selendang nih? Punya kuasa bukan? Itulah kuasa Hikmat Pelangi." Cik Noni a.k.a Tuan Puteri Selendang Pelangi senyum. Leman bukanlah lawan yang adil baginya.
Sebelum berkahwin, sudah ramai lelaki yang cuba memperisterikannya, tapi ditolak kerana dirasakannya tidak layak. Cuma Pak Mat sahaja yang berjaya mengalahkannya dalam satu pertempuran masa zaman Jepun menyerang Malaya. Ketika itu Pak Mat masih mengamalkan Hikmat Panjang Umur nya. Tapi mereka terpisah. Mereka bertemu semula setelah Pak Mat kematian isteri, dan Pak Mat tidak lagi mengamalkan hikmatnya. Sebab itu Pak Mat dan Cik Noni jauh beza umur. Padahal, umur mereka sama.
Lintang-pukang Leman lari sebab dia fikir Cik Noni sudah dirasuk hantu kebun. Dengar cerita, kebun tu dulu kubur orang-orang mati dibunuh masa zaman perang dengan Jepun.
Cik Noni memang Tuan Puteri Selendang Pelangi. Kenapa, tak percaya?
mahu tahu citer awal? klik di sini untuk Part I dan di sini untuk Part II.
lalala.. malu saya~

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
mahu tahu citer awal? klik di sini untuk Part I dan di sini untuk Part II.
lalala.. malu saya~
2 comments:
salam..
wah..hebat betul Pak mat tu ya..leh minta petua daripada dia ni..:))
anaklaut,
salam, haha..bley2..
Post a Comment